kau dah 20.

Assalamualaikum.

Selamat Hari Jumaat semua. Alhamdulillah cuaca di kawasan Gombak hari ini agak cerah dan penuh dengan kabus jerebu. Indah sangat. Rasa macam dekat kawasan pergunungan. Okey point entri ni sebenarnya nak wish kawan aku. Hari ni hari bersejarah untuk dia dan warga US. Congrats sebab dah 20 tahun. Boleh kahwin dah, haha.

okey cerita dia aku plan nak wish awal. cliche sangat kan orang wish awal-awal ni. tak best langsung. lagi-lagi aku tahu dia tengah busy sekarang. and cliche jugak kalau wish lambat-lambat, and cliche jugak kalau sengaja buat-buat lupa. senang cerita semua benda gempak orang dah buat.

Last year aku bagi hadiah, aku post awal-awal pegi rumah dia. aku expect hadiah tu sampai on her big day lah sangat tu, tau-tau sampai awal. dia pun terkejut lah kononnya, haha. tapi tahun ni aku tak menyempat nak buat apa kan. tapi a week before birthday dia ni aku dah ajak dia pegi jejalan hari tu, kira advance la satu minggu awal. tu birthday pressie kau lah eh, mohon alert. haha.

So 'dude', happy 20th birthday. Semoga Allah berkati every single of your day, semoga jadi hambaNya yang taat, anak solehah buat mak ayah kau, semoga berjaya dunia akhirat dan yang paling penting semoga mendapat pengakhiran yang baik. Inshaa Allah. ayat cliche bila birthday. kau kena redha.

one more, just love who you are. macam mana sekali pun diri kau, Allah dah cipta kau menjadi sebaik-baik wanita. wuiseh* haha. be a good accountant. nanti tolong aku buat kira-kira untuk kedai mak aku wakaka. ujian kita berbeza, accept that as a part of growing up to be a mature and vogue woman okey? yang pasal bola dekat rumah kau tu, sorry lah kalau kau terasa, aku teringin nak joke kasar-kasar dengan kau haha. kalau bola tu dah pecah, bagitau aku. aku tolong tampalkan. beli baru aku tak mampu, hahaha. okey girl, tu je. simple wish from me.
selamat datang ke fasa penuaan. gunakan safi rania untuk sentiasa kelihatan muda. sekian.
kepada, NSR.

Comments

Popular posts from this blog

Pendam

siapa aku di matamu

Hidup ini Milik Aku