Posts

April : Aku terra nullius

kadang-kadang aku terfikir, kenapa Allah selalu uji aku dengan benda yang sama walaupun daripada orang yang berbeza. sampai ke satu tahap yang mana aku hilang rasa untuk meratapi nasib, air mata pun tak mampu jatuh, hilang rasa untuk rasa sedih tapi hati tetap rasa galau, risau dan tidak tenang. baru-baru ni, aku teruji dahsyat dengan benda yang sama aku pernah diuji dulu, aku rasa sedih tapi tak mampu menangis. bila aku bukak kumpulan kalam-kalam suci Allah, terlintas satu baris ayat ini "fasobrun jamil". terasa seolah Tuhan sedang berbicara denganku yang menyuruh aku untuk terus SABAR kerana sesungguhnya dalam sabar itu ada kecantikkan. waktu tu, wallahi, hati aku tersentuh. aku sering melupakan Dia di saat aku gembira, bila aku teruji dengan ujian yang cuma sebesar hama, aku terus meratap sedih dan mencari dia. terus akalku mempersoalkan jasadku, adakah aku cuma 'berTuhan' di saat aku teruji? mana pergi rasa berTuhan itu saat kau bahagia duhai jiwa? baru aku sedar,

Feb: never repeat the same mistake.

"jangan beri harapan kalau kau sememangnya dari awal menidakkan perasaan yang tak wujud tu." "jika kau tau betapa peritnya kekecewaan, mengapa engkau memulakannya?" "jika kau pernah merasa erti kecewa, mengapa tidak dari awal kau katup pintu hatimu dari menerima harapan palsu dia? mengapa sekali lagi membuka ruang untuk sekali lagi kecewa? bukankah kau dah 'foresee' pengakhirannya?" mungkin dunia nak lihat aku yang baru. okey.

inspirasi.

dalam dunia ni, ada banyak manusia yang kau boleh jadikan inspirasi. dan aku mengagumi ramai manusia hebat dalam dunia ni. kalau berkaitan dengan agama, dulu aku pernah mengagumi seseorang, dan dia pernah jadi inspirasi aku, inspirasi untuk jadi baik, inspirasi untuk mencintai agama, tapi inspirasi tu dah hilang, bila dia hilang. aku sampai meniti ke tahap yang aku hilang rasa kasih dengan ilmu agama, aku jahil untuk seketika, dan sekarang tika aku tengah merangkak untuk bangun kembali, aku jumpa inspirasi baru. kalau dulu, dia inspirasi dan dalam masa yang sama aku menaruh perasaan dengan dia, tapi sekarang seiring dengan waktu, setelah Allah bagi aku rasa erti kecewa dan betapa pentingnya pergantungan kita dengan Tuhan, aku mampu untuk berdikari dan jadi dewasa. mungkin masih baru tapi aku tidak akan jadi aku yang dulu. dan inspirasi aku yang kini, aku harap ia mampu membantu aku untuk jadi lebih baik. kerana aku hanya ingin untuk jadi baik, aku dahaga kasih

#Chapter 39/366; Lifeless tanpa Tuhan

kenapa manusia seperti aku beringat cuma seketika syukurku boleh dikira dosa pahala entah ke mana apa jadi dengan diri aku? tak gentar lagikah dengan amaran Tuhan? guys, apa perasaan korang bila korang hanyut kat laut then takda orang nak tolong? helpless kan? takut.. macam mana kalau mati kena makan jerung, macam mana kalau mati lemas apa yang terfikir masa tu, macam mana kalau mati, takut mati, amalan pun tak tau lagi masa tu.. ke ada orang yang takda perasaan hanyut kat tengah lautan? macam tu la hidup kalau kita jauh dari Allah, lifeless, kosong. apa ada dalam hidup kalau Allah takda dalam hati? apa jadi dengan kita kalau kita tak percaya Tuhan? kita bukan jadi dengan sendirinya, tapi, macam mana pulak dengan orang yang percaya adanya Tuhan tapi langsung tak menyembahnya? atau pun dia sembah Tuhan setiap hari tapi tak takut dengan dosa? macam mana pulak tu? tak ke sama macam dia sembah tapi tak percaya? thenn what's the different with the first person i men

Bila hati telah hitam, aku jadi manusia terjahanam.

Image
Bila hati telah hitam, dia hilang satu benda, iaitu 'perasaan'. perasaan apa? perasaan takut akan Tuhannya. perasaan gentar saat menyebut nama Ilahnya. perasaan syahdu akan dosanya yang menimbun. perasaan indah dan manisnya saat sujud tanda abdi pada Tuhan. segalanya hilang, saat kau hilang kesucian hati, saat nur semakin malap, saat titik hitam mula memenuhi ruang. Dulu aku sentiasa dahagakan ilmu, diikat ilmu itu dalam satu buku, kini semakin moden zaman, ilmu terikat dengan mudah dengan adanya teknologi, tapi aku mensiakan, pandang sekilas namun kadang terbiar, duhai hati, mana pergi perasaan itu? Dulu aku cinta akan ayat-ayat indah milik Tuhan, inginkan ia jadi amalan yang membasahi lidah, yang menyuburkan hati dan minda, yang bisa menenangkan jiwa, mendekatkan aku dengan Tuhan, tapi sekarang, aku hilang punca, mengapa tiada lagi cinta, mendengar ayatNya tapi hatiku kosong, duhai hati, mana pergi perasaan itu? Dulu aku gentar, aku takut saat

kau dah 20.

Image
Assalamualaikum. Selamat Hari Jumaat semua. Alhamdulillah cuaca di kawasan Gombak hari ini agak cerah dan penuh dengan kabus jerebu. Indah sangat. Rasa macam dekat kawasan pergunungan. Okey point entri ni sebenarnya nak wish kawan aku. Hari ni hari bersejarah untuk dia dan warga US. Congrats sebab dah 20 tahun. Boleh kahwin dah, haha. okey cerita dia aku plan nak wish awal. cliche sangat kan orang wish awal-awal ni. tak best langsung. lagi-lagi aku tahu dia tengah busy sekarang. and cliche jugak kalau wish lambat-lambat, and cliche jugak kalau sengaja buat-buat lupa. senang cerita semua benda gempak orang dah buat. Last year aku bagi hadiah, aku post awal-awal pegi rumah dia. aku expect hadiah tu sampai on her big day lah sangat tu, tau-tau sampai awal. dia pun terkejut lah kononnya, haha. tapi tahun ni aku tak menyempat nak buat apa kan. tapi a week before birthday dia ni aku dah ajak dia pegi jejalan hari tu, kira advance la satu minggu awal. tu birthday pressie kau lah eh, moh

short hello.

hello test mike. lama tak update. nafas baru untuk blog aku. simple and senang mata memandang sudah memadai. semua tukar. owner ja tak tukar.  okey. blog ni aku tak guna untuk update about my personal life tapi aku guna untuk menulis ja. just anything. tapi bukan semua entri aku tulis, ada dua tiga tu hasil tangan kawan-kawan aku. diorang pun ada mention yang entri tu diorang yang punya. okey clear. tak payah cakap pun takpa kan. okey masa untuk buat kerja lain. bye.