Posts

Showing posts from 2017

April : Aku terra nullius

kadang-kadang aku terfikir, kenapa Allah selalu uji aku dengan benda yang sama walaupun daripada orang yang berbeza. sampai ke satu tahap yang mana aku hilang rasa untuk meratapi nasib, air mata pun tak mampu jatuh, hilang rasa untuk rasa sedih tapi hati tetap rasa galau, risau dan tidak tenang. baru-baru ni, aku teruji dahsyat dengan benda yang sama aku pernah diuji dulu, aku rasa sedih tapi tak mampu menangis. bila aku bukak kumpulan kalam-kalam suci Allah, terlintas satu baris ayat ini "fasobrun jamil". terasa seolah Tuhan sedang berbicara denganku yang menyuruh aku untuk terus SABAR kerana sesungguhnya dalam sabar itu ada kecantikkan. waktu tu, wallahi, hati aku tersentuh. aku sering melupakan Dia di saat aku gembira, bila aku teruji dengan ujian yang cuma sebesar hama, aku terus meratap sedih dan mencari dia. terus akalku mempersoalkan jasadku, adakah aku cuma 'berTuhan' di saat aku teruji? mana pergi rasa berTuhan itu saat kau bahagia duhai jiwa? baru aku sedar,...

Feb: never repeat the same mistake.

"jangan beri harapan kalau kau sememangnya dari awal menidakkan perasaan yang tak wujud tu." "jika kau tau betapa peritnya kekecewaan, mengapa engkau memulakannya?" "jika kau pernah merasa erti kecewa, mengapa tidak dari awal kau katup pintu hatimu dari menerima harapan palsu dia? mengapa sekali lagi membuka ruang untuk sekali lagi kecewa? bukankah kau dah 'foresee' pengakhirannya?" mungkin dunia nak lihat aku yang baru. okey.