April : Aku terra nullius
kadang-kadang aku terfikir, kenapa Allah selalu uji aku dengan benda yang sama walaupun daripada orang yang berbeza. sampai ke satu tahap yang mana aku hilang rasa untuk meratapi nasib, air mata pun tak mampu jatuh, hilang rasa untuk rasa sedih tapi hati tetap rasa galau, risau dan tidak tenang. baru-baru ni, aku teruji dahsyat dengan benda yang sama aku pernah diuji dulu, aku rasa sedih tapi tak mampu menangis. bila aku bukak kumpulan kalam-kalam suci Allah, terlintas satu baris ayat ini "fasobrun jamil". terasa seolah Tuhan sedang berbicara denganku yang menyuruh aku untuk terus SABAR kerana sesungguhnya dalam sabar itu ada kecantikkan. waktu tu, wallahi, hati aku tersentuh. aku sering melupakan Dia di saat aku gembira, bila aku teruji dengan ujian yang cuma sebesar hama, aku terus meratap sedih dan mencari dia. terus akalku mempersoalkan jasadku, adakah aku cuma 'berTuhan' di saat aku teruji? mana pergi rasa berTuhan itu saat kau bahagia duhai jiwa? baru aku sedar, sebenarnya ruhani aku tengah nazak. selama ini aku sangka aku dahaga kasih manusia, maka aku mencari dan terpedaya dengan cinta manusia. hakikat yang aku lupa dan terlepas pandang ialah untuk mengutamakan dan menyematkan cinta Ilahi dalam hati. aku salah dalam menyandarkan hati, kerana itu aku mudah kecewa. hinanya manusia seperti aku..
kini aku inginkan bahagia. aku tak mahu cinta manusia, aku mahukan cinta Ilahku. aku terra nullius pada zahir manusia tapi hakikat yang pasti aku milik Allah sepenuhnya.
"makin kita dewasa, makin manusia tewas dengan ego masing-masing. seolah ego itu jauh lebih berharga dari nilai perhubungan dengan manusia, seolah ego itu insturmen yang membantu ke syurga. duhai saudaraku, jangan kerana ego kita buang kawan, jangan kerana ego kita tidak peduli hakikat kehidupan akhirat kerana apa yang kita lakukan di dunia ini bakal menjadi bukti kita di akhirat kelak.. Allahu, semoga Allah kurniakan iman yang kuat dan mengampunkan segala dosa-dosa kita, aamiin"
astaghfiruka ya Rabb.. tubtu ilaika ya Rabb..

Comments
Post a Comment