Posts

Showing posts from November, 2013

Pendam II

Image
Aku memalingkan wajah melihat siapa dia yang menyapa tanpa berteka-teki aku seolah-olah dapat merasakan bahawa dialah pemilik suara tadi. "Haffiz?" Dia senyum. Allah.. 5 tahun aku lensa mataku kehilangan senyuman ini. 5 tahun suara tadi menyepi. 5 tahun juga hati ini perit memendam rasa hati. Dan kini, dia lah yang sedang berdiri di hadapanku ya Rabb. Air mataku seolah-olah memaksa aku melepaskannya dan membiarkannya mengalir di pipiku namun cuba ku tahankan. Aku mengambil nafas sembelum membalas kembali senyumannya tadi. Wajahnya tetap sama seperti hari terakhir aku berjumpa dengannya. Cuma kini, dia nampak lebih matang dan tenang. Segak berbaju melayu berwarna Hijau muda. Dia memulakan bicara. "Zulaikha kan? Kawan baik Ummu?" 'Allah... Nama Ummu jugak yang disebutnya. Adakah dia masih tidak dapat melupakan Ummu?' Aku cuba selindungkan wajah keruhku dengan senyuman nipis yang dibuat-buat. Perlahan-lahan aku menjawab soalannya. Dia kelihatan sanga...

Pendam

Image
"Huh..." Aku mengeluh selepas selesai menghabiskan bacaan al-quran. Bukan mengeluh kerana terpaksa membaca al-quran. Tapi mengeluh kerana terkenangkan seseorang. Setiap kali aku bermunajat padaNya, aku akan melepaskan satu keluhan. Kemudian perlahan-lahan air mataku menitis. Setitik demi setitik. Air mata yang mengalir kerana perasaan yang ku pendam terlalu lama. Ya. Terlalu lama rasanya. Di saat-saat aku menyempurnakan Tahajud ku ini lah aku seringkali terkenangkan satu peristiwa yang sangat-sangat memeritkan. Aku tidak sanggup untuk mengenang saat-saat itu, tapi hatiku dengan mudahnya memaksa otakku untuk mengimbau segalanya. Seolah-olah ianya baru berlaku kelmarin tapi hakikatnya ia sudah berlaku 5 tahun dulu... Aku mengenalinya sejak aku pertama kali datang sebagai pelajar baru di Sekolah Menengah Agama Tun Zakaria Al-Mahfuz. Pertama kali aku terpandangkan wajahnya, hatiku berdebar-debar. Tapi cuba ku tepis perasaan itu kerana prinsip hidupku yang kuat iaitu "C...