Pendam II


Aku memalingkan wajah melihat siapa dia yang menyapa tanpa berteka-teki aku seolah-olah dapat merasakan bahawa dialah pemilik suara tadi.
"Haffiz?"
Dia senyum. Allah.. 5 tahun aku lensa mataku kehilangan senyuman ini. 5 tahun suara tadi menyepi. 5 tahun juga hati ini perit memendam rasa hati. Dan kini, dia lah yang sedang berdiri di hadapanku ya Rabb. Air mataku seolah-olah memaksa aku melepaskannya dan membiarkannya mengalir di pipiku namun cuba ku tahankan. Aku mengambil nafas sembelum membalas kembali senyumannya tadi. Wajahnya tetap sama seperti hari terakhir aku berjumpa dengannya. Cuma kini, dia nampak lebih matang dan tenang. Segak berbaju melayu berwarna Hijau muda. Dia memulakan bicara.
"Zulaikha kan? Kawan baik Ummu?"
'Allah... Nama Ummu jugak yang disebutnya. Adakah dia masih tidak dapat melupakan Ummu?'
Aku cuba selindungkan wajah keruhku dengan senyuman nipis yang dibuat-buat. Perlahan-lahan aku menjawab soalannya. Dia kelihatan sangat teruja. Tapi, dapat ku agak asbab keterujaannya itu. Pasti kerana aku sahabat baik Ummu Shakirah, gadis pujaannya.


"ya, ana kawan Ummu. Kenapa ya?"
"Ummu apa khabar? Lama ana tak dengar khabar tentangnya.."
Aku melarikan pandangan. Takut Hairul dapat membaca rasa hatiku yang kurang selesa dengan pertanyaannya. Aku yang ada di hadapannya, dia tak tanya khabarku. Orang yang jauh nun di sana, disibuk-sibukkan. Rasa cemburu dan sedih mula merasuk diri. ya Rabb.. tabahkan aku.
 "Alhamdulillah, Ummu sihat."
"Bila Ummu balik sini?"
"ana pun tak pasti lagi."
Sepi seketika. Aku membisu kerna sakit hati yang ku tahankan. Dia kelu seribu bicara mungkin terkenangkan kekasih hati. Aku berkira-kira hendak meneruskan niatku mengambil makanan. Baru hendak membuka mulut, Hairul memotongku.
"boleh ana minta nombor telefon Zulaikha?" 
Aku agak terkejut. Namun, aku memenuhi permintaannya. Usai bertukar-tukar nombor telefon, aku meminta izin untuk pergi. Kesian Maryam ku biarkan sendirian. Aku terus menuju ke arah Maryam. Dia tersengih-sengih. Aku kehairanan melihat Maryam seperti itu.
"Maryam, takkanlah dapat makan Nasi Minyak tersengih-sengih sampai macam tu." Kataku seraya ketawa.
"dok aihhh, ana ni dok terhidu macam ada bau Nasi Minyak dekat hang ni." katanya dengan loghat utara.
Aku dengan spontan melihat tudungku dan jubahku samaada aku terkena Nasi Minyak masa mengautnya tadi. Hairan. Sebutir nasi pun tak melekat pada jubahku tapi Maryam mengatakan seolah-olah aku bermandikan Nasi Minyak. Aku menjeling Maryam yang sedang ketawa terbahak-bahak sehingga orang sekeliling mencuri-curi pandang ke arah kami.
"Shhh.. jangan gelak kuat sangat. Tak elok! Apa maksud enti ana bau Nasi Minyak ni?"
"Maksud ana tu,  tak lama lagi turn hang pulak menikah ye? Ana nampak enti dengan Hairul tadi kemain mesgha semacam je. Ada apa-apa ke?"
Lantas wajahku merona merah dengan usikkan Maryam.
"Eh! tak ada lah, dia tanya pasal Ummu, tu je." kataku dengan suara yang mengendur. Jelas kekecewaan pada nada suaraku.
"ye ke? Tapi ana tengok korang nampak sepadan je. Eh? Cakap pasal Ummu, dia dah bertunang kan? Jealousnya!"
Aku baru perasan yang aku hampir-hampir mempamerkan isi hatiku tentang Hairul pada Maryam tapi mujurlah Maryam ni seorang yang susah nak tangkap maksud sebenar, kalau tidak habislah. Pasti dia dah cakap dengan Hairul pasal benda ni. Bukan aku tak tahu, semasa sekolah menengah dulu, Rozita ada meluahkan isi hatinya kepada Maryam yang dia meminati seorang lelaki bernama Zain. Maryam dengan rasa tidak bersalah menyatakan hal tersebut kepada Zain. Tapi kisah mereka berakhir dengan kebahagiaan bila mana Zain juga berkongsi rasa yang sama. Allah.. sehingga sekarang mereka hidup bahagia bersama anak-anak mereka.
"Hang ni, suka sangat berangan. Angankan siapa tu? Hairul?"
"Kenapa dengan ana Maryam?"
Aku dan Maryam masing-masing terkejut. Tapi yang melebih-lebih reaksi terkejutnya pastilah Maryam. Aku cuba tenang. Bimbang apa yang dikatakan Maryam diterima sebagai satu kebenaran di halwa telinga Hairul. Aku tak mahu dia atau sesiapa mengetahui isi hatiku. Aku memberikan senyuman palsu kepada Hairul dan sahabatnya yang berdiri di sebelah Hairul. Maryam berpaling seraya bersembang sedikit sekadar melenyapkan kegugupannya. Terkejut sangat dengan kemunculan Hairul yang tidak disangka-sangka. Aku tunduk. Sepi tanpa niat hendak menyertai perbualan mereka. Aku cuba memfokuskan pandangan pada makanan di hadapanku sambil cuba untuk menghabiskannya namun sukar kerana kewujudan dia di hadapanku. Tanganku sedikit menggeletar. Sejuk walaupun di tengah hari yang panas.
'5 tahun rasa ni hilang.. Kini aku merasakan benda yang sama semula.. Allah, mengapa bila berhadapan dengannya saja aku akan menjadi seperti ini?'
Aku melepaskan sudu di tanganku kerana enggan terlihat 'nervous' di hadapan mereka. Aku sengaja meneguk air bagi menghilangkan rasa yang bagiku sangat aneh dan memalukan. Maryam yang seronok berbual dengan Hairul hairan melihat Hairul yang suka mencuri pandang melihat Zulaikha yang sedari tadi menunduk. Maryam tersenyum nakal. Rancangan jahat sudah terlakar di minda.
"Hairul, tak baik tau curi pandang tengok anak dara orang. Kalau hang berkenan, jumpa mak bapak Zulaikha ni terus..."
Serentak itu aku terus mengangkat wajahku dan tanpa disengajakan mataku terpaut pada matanya yang sememangnya dari tadi memandangku. Secara spontan, kami melarikan pandangan masing-masing. Wajahku merona merah. Tiba-tiba Hairul bersuara...
"Maryam ni dari dulu sampai sekarang suka mengusik ana. Mustahil lah ana nikah dengan Zulaikha kalau hati ni langsung takda perasaan dengannya. Lain lah kalau Ummu Shakirah. 5 tahun ana tunggu dia balik dari Kuwait. Enti doakanlah ana ada jodoh dengannya ya.."
Telingaku seolah tuli seketika. Aku hanya memandangnya dengan pandangan kosong. Kata-katanya tadi seolah-olah melantun-lantun di gegendang telingaku. Aku hanya melihat mulut mereka berbicara namun satu patah perkataan pun tak ku dengar. Yang ku tahu, hatiku sakit sekali mendengar kebenaran tadi. Ternyata benar tekaanku, dia masih menharapkan Ummu. Maryam menegurku. Aku tersedar dari termenungku yang panjang. Aku mengangkat kening. Isyarat bisu yang biasaku lakukan bermaksud 'kenapa?'. Hairul senyum. Aku tak tahu apa makna senyumannya tadi tapi semua dah tiada makna lagi. Hatiku hancur sekali.
"Zulaikha, ana mintak number phone enti tadi sebab kalau boleh ana nak enti roger ana kalau Ummu ada contact enti, bukan bermaksud ana suka enti tau. Harap enti faham."
'Allah.. mengapa kata-katanya sungguh kejam. Ku sangkakan hari ini bakal menjadi hari yang istimewa kerana aku bisa menemuinya lagi, tapi...'
Aku cuba untuk senyum seraya mengangguk perlahan. Tiada sepatah kata yang mampu ku luahkan. Mulut seolah-olah membisu seketika. Hairul meminta izin untuk pergi, katanya ada urusan sekejap lagi. Maryam sedari tadi becok berkata-kata terus mengajakku untuk beredar. Dia menaikki keretanya dan begitu juga aku. Kami berpelukkan sebelum berpisah dan sempat juga kami bertukar-tukar nombor telefon.

Aku memandu kereta ke tempat lain. Cuba mencari ketenangan. Bila mana keretaku mula meluncur laju merentas jalan raya yang sedikit lengang, air mataku juga meluncur laju. sederas-derasnya. Aku memasang radio cuba menggembirakan hati. Air mata mengalir lagi bila lagu yang ku pasang seolah-olah berbicara tentangku..
Pernahkah engkau hargai, 
Cintaku yang sejati,  
Pernahkah engkau mengerti, 
Akan diriku ini.. 
Betapa hebatnya cintamu, 
Memberiku sejuta pilu,  
Betapa agungnya asmaramu,  
Membuatku terpaku...
 ●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
"Kenapa anta cakap macam tu dekat Zulaikha? Kesian dia. Kita tak tau dia suka Hairul ke tak tapi tak patut menuduhnya secara melulu di hadapan Maryam tadi. Tak ke malu Zulaikha dibuatnya"
Zaquaan, sahabat Hairul yang menemankannya ke Majlis Pernikahan 'Aesyah tadi. Zaquaan merasakan perbuatan Hairul sangat keterlaluan. Dia seolah-olah dapat merasakan betapa malunya Zulaikha dituduh sedemikian rupa. Hairul yang sedang memandu memandang jalan raya dengan wajah yang serius. Dia seolah-olah tidak puas hati dengan sahabatnya yang cuba meletakkan kesalahan yang tidak patut wujud itu padanya.
" Ana tau yang Zulaikha tu menaruh hati pada ana. Lihat wajahnya sudah tau. Tapi siapa nak beristerikan Zulaikha?? Ana hanya mahu Ummu menjadi pasangan ana sampai syurga. Zulaikha tak layak. Ana... ana tau dia perasan yang ana seperti sukakannya hanya sebab ana minta number phone dia. Ana buat macam tu pun sebab ana nak tau perkembangan pasal Ummu. Sebab ana tau, hanya Zulaikha seorang ja yang sangat rapat dengan Ummu. Kalau tak, jangan harap ana nak number phone dia. Tengok muka dia pun dah menyampah.. Ana tau, mesti dia luahkan perasaan dia dengan Ummu dan Ummu yang terlampau baik tu pun mula menjauhkan diri dari ana sampai dia tolak ana mentah-mentah. Mesti Ummu tak nak sakitkan hati sahabat dia sebab tu dia sanggup korbankan perasaannya. Ni semua sebab Zulaikha! Kalau tak, Ummu dah jadi isteri ana sekarang!" katanya sambil menghentak stereng kereta.
|To●Be●Continued| -Karya Milik Saya Sendiri-

Comments

Popular posts from this blog

Pendam

siapa aku di matamu

Hidup ini Milik Aku