Pendam

"Huh..."
Aku mengeluh selepas selesai menghabiskan bacaan al-quran. Bukan mengeluh kerana terpaksa membaca al-quran. Tapi mengeluh kerana terkenangkan seseorang. Setiap kali aku bermunajat padaNya, aku akan melepaskan satu keluhan. Kemudian perlahan-lahan air mataku menitis. Setitik demi setitik. Air mata yang mengalir kerana perasaan yang ku pendam terlalu lama. Ya. Terlalu lama rasanya. Di saat-saat aku menyempurnakan Tahajud ku ini lah aku seringkali terkenangkan satu peristiwa yang sangat-sangat memeritkan. Aku tidak sanggup untuk mengenang saat-saat itu, tapi hatiku dengan mudahnya memaksa otakku untuk mengimbau segalanya. Seolah-olah ianya baru berlaku kelmarin tapi hakikatnya ia sudah berlaku 5 tahun dulu...

Aku mengenalinya sejak aku pertama kali datang sebagai pelajar baru di Sekolah Menengah Agama Tun Zakaria Al-Mahfuz. Pertama kali aku terpandangkan wajahnya, hatiku berdebar-debar. Tapi cuba ku tepis perasaan itu kerana prinsip hidupku yang kuat iaitu "Cintaku hanya untuk Zaujku". Aku tidak akan sekali-kali dengan mudahnya memberikan sekeping hatiku ini kepada lelaki tanpa ada apa ikatan. Dan aku seorang yang agak tegas mengenai perihal hati dan perasaan. Selagi aku belum habis menuntut ilmu, selagi itu aku tidak akan mengintai-intai calon zaujku. Lagipun usia 16 tahun itu terlalu muda untuk memikirkan soal nikah dan keluarga sakinah.

Namun, segalanya berlaku di luar jangkaanku. Semakin lama aku cuba untuk menafikan rasa itu, semakin kuat pula ia menghantuiku. Ya Allah... Aku sudah jatuh cinta dengannya. Perasaan itu telah menggoyahkan prinsip hidupku. Aku seolah-olah tidak tahu hala tujuku. Aku hidup terumbang-ambing. Mula berjinak-jinak dengan perasaan cemburu. Setiap kali dia mendekati seorang perempuan, hatiku merasakan keperitan. Perit yang amat sehingga air mataku mudah sekali mengalir membasahi pipiku. Namun tidak sekali aku menunjukkan kelemahanku itu di hadapan manusia. Bila mana malam menjelma, tatkala manusia-manusia sedang enak dibuai mimpi, aku meluahkan segalanya kepada Ilahi.

Dia. Hairul Al-Haffiz. Seorang pelajar yang mempunyai penampilan yang menarik. Menjadi pujaan pelajar-pelajar perempuan di Sekolah Menengah Agama Tun Zakaria Al-Mahfuz. Seorang Hafiz, seorang yang alim, seorang yang matang. Memiliki bakat sebagai seorang pemimpin. Segak, ilmu agama yang sangat mantap. Sejak kecil dia dididik dengan ilmu agama yang cukup berlandaskan syariat Islam. Sungguh hebat manusia yang bernama Hairul Al-Haffiz ini. Sehingga setiap kali kemunculannya, pasti ada mata-mata yang tidak lepas untuk melihat wajah tampannya. Sedikit hampa, aku tidak sekelas dengannya. Tapi kelas kami cuma bersebelahan, kadang kala aku terserempak dengannya tapi tidak pernah bertegur sapa. Masakan orang sepertinya hendak menegur aku? Tapi, dia agak rapat dengan Sahabat karibku, Ummu Shakirah. Ummu merupakan salah seorang top student di sekolah itu memandangkan dia merupakan ahli debat peringkat negeri. Kepetahannya dalam berbicara dan kepintarannya dalam pelajaran menjadikannya tumpuan ramai pelajar lelaki termasuk Hairul.

Ya. Aku dapat rasakan yang Hairul meminati Ummu. Kenapa? sebab setiap kali bertemu, Hairul sentiasa mengukirkan senyuman yang manis dan mempunyai maksud tertentu. Senyuman yang berbeza bila mana dia bertemu denganku atau dengan mana-mana pelajar perempuan. Aku juga dapat merasakan yang Hairul sentiasa mencari topik yang membolehkannya berbicara atau bertemu dengan Ummu. Dia tidak akan melepaskan peluang seandainya dapat bertemu dengan Ummu. Aku tau semuanya kerana aku sentiasa bersama Ummu. Kami sangat rapat sehingga apa-apa yang berlaku pasti diceritakan. Cuma, aku tak pernah menceritakan kepadanya soal isi hatiku.. Ummu pernah memberitahuku yang Hairul kerap menghantar mesej di inbox FB. Aku hanya mampu ketawa. Sedangkan dalam hatiku,aku merintih.. Aku juga ada menghantar friend request di Facebook kepada Hairul tapi sehingga sekarang dia tidak menerima aku sebagai teman facebook. Aku hanya bersangka baik, mungkin dia lupa..

Sehinggalah tiba satu hari di mana hari terakhir kami berada di sekolah. Setelah peperiksaan SPM selesai.  Ketika itu aku dan Ummu sibuk mengambil gambar bersama-sama dengan kawan-kawan yang lain. Hairul datang dan berkata kepada Ummu yang dia ingin mengatakan sesuatu. Ummu mengajakku sekali kerana bimbang jika ada pelajar yang melihat dia bersama dua orang lelaki memandangkan Hairul turut membawa sahabat baiknya, Ridhuan. Tak manis katanya . Aku akur. Walaupun aku dapat melihat wajah Hairul seperti kurang senang dengan kehadiranku.. Hairul memulakan perbualan.
"macam mana dengan paper exam tadi?" katanya beserta senyuman yang manis.
"Alhamdulillah.. Ummu dapat buat dengan baik dan tenang. Hairul pulak?"
"Irul pun sama jugak. Hm... Ummu.. lepas ni Ummu ikut family Ummu tinggal di Kuwait kan?"
"in shaa Allah.. kenapa?"
"Tak dapatlah Irul jumpa dengan Ummu lepas ni..."
"kalau panjang umur, inshaaAllah jumpalah.. Ada apa Hairul nak jumpa ni?"
"Hmm.. Irul nak cakap something before Ummu pindah.. and Irul harap Ummu tak kan lupakan Irul walaupun dah pindah sana.."
"InshaaAllah Ummu takkan lupa.. Apa dia Hairul nak cakapkan tu?"
"Irul sebenarnya.. Irul sukakan Ummu."
Ya Allah.. Air mata yang ingin mengalir ku tahankan. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya dan mengukir senyuman.
'Ya Allah... Kau tabahkanlah hatiku...'
Aku dapat menangkap wajah Ummu yang terkejut. Manakala, Hairul masih beriak biasa dan matanya dihalakan ke dinding bangunan. Ridhuan hanya diam seribu bahasa. Waktu seolah-olah berhenti daripada berdetik. Ummu kelihatan tidak senang dengan luahan Hairul sebentar tadi.
"begitu ringan lidah Hairul melafazkannya ya? Hairul sedar tak apa yang Hairul cakap ni? Ummu tak sangka.. seorang Hafiz yang baru selesai menduduki kertas SPM sudah lantang mengatakan isi hatinya. Hairul seorang Hafiz, Hairul! Hafiz! Hafiz yang dipandang tinggi kedudukannya disisi masyarakat.. Macam ni Hairul nak bagi contoh dengan generasi Islam seterusnya? Memang tak salah kalau Hairul nak meluahkan sekali pun tapi masa ni tak sesuai dan Ummu tak pernah menyimpan walau sekelumit pun perasaan suka dengan Hairul. Yang ada cuma suka sebagai seorang kawan dan saudara seislam. Tu je.. Jadi kalau Hairul dah cakap yang Hairul sukakan Ummu, Hairul nak buat apa? Ajak kahwin? Atau nak jadikan Ummu Girlfriend Hairul?"
"Irul... Tak tau.."
"Ummu kecewa dengan Hairul.. Ummu harap sangat yang lepas ni Hairul dapat membangun Ummah menjadi Huffaz dan Huffazah yang berjaya. Bukan mendidik ummah menjadi Huffaz dan Huffazah yang bermain dengan soal hati dan perasaan. Ummu tak cakap salah tapi kurang sesuai. Mungkin logik kalau Hairul meluah setahun selepas result SPM keluar tapi kita ni baru je lepas habis paper terakhir! Think logic, Hairul!"
"Irul cakap sekarang sebab Irul tau lepas ni Irul tak akan jumpa Ummu lagi.. Tak akan.."
"Mana Hairul tau semua tu?? Kuasa Allah.. mana kita tau kan? Dahlah Hairul.. Ummu tak nak kita bergaduh hanya disebabkan hal kecil macam ni.. Ummu balik dulu"
Kami berdua segera meninggalkan Hairul dan Ridhuan. Jauh kami meninggalkan mereka baru aku membuka suara menanyakan Ummu, mengapa dia menolak seorang Hafiz mentah-mentah tanpa memberikannya sedikit peluang. Ummu mengatakan yang dia memang tidak mempunyai perasaan langsung dengan Hairul dan dia agak terkilan dengan kata-kata Hairul tadi. Aku diam. Tidak tahu harus memberi respon bagaimana. tipu kalau aku cakap aku tak happy dengan jawapan Ummu. Tapi aku tau, kalau sekalipun aku happy yang Ummu tak sukakan Hairul, Hairul tak akan pernah sukakan aku... Pandang pun dia tak nak.

Sesampainya aku di rumah, aku mengurung diri dalam bilik. Hanya keluar bila lapar dan bila hendak ke tandas. Di bilik, aku menangis. Menangis. Dan menangis. Aku tidak dapat menerima hakikat yang... Hairul sukakan Ummu.
"Hairul Al-Haffiz. Satu nama yang aku tak akan lupa sampai bila-bila..."
Bunyi dentuman guruh mengejutkan aku dari khayalan yang panjang. Entah bila hujan turun pun aku tak perasan. Aku membuka telekung dan membaringkan diri di katil. Entah di mana dia sekarang.. Facebook dan E-mail pun sudah lama tidak ku buka. Tiba-tiba aku teringat sahabat baikku, Ummu. Lama jugak aku tidak bertanyakan khabarnya. Dengan pantas aku membuka laptopku, dan terus membuka e-mailku. Ada dua inbox. Aku tersenyum. Pasti Ummu. Seperti yang dijangka.. email itu dari Ummu dan satu lagi dari orang  yang tidak ku kenali. Aku membuka inbox dari Ummu. Sekarang Ummu suda bertunang dengan seorang lelaki Kuwait. Dia ada menyertakan dengan sekeping gambar ketika majlis pertunangannya.
"makin cantiklah Ummu ni.."
Selesai aku membalas e-mail dari Ummu. Aku membuka satu lagi inbox. Rupanya inbox dari sahabat dari sekolah lamaku dulu. Dia menjemputku datang ke hari perkahwinannya. Allah.. Bila agaknya giliran aku pula untuk memiliki kebahagiaan seperti dia? Rahsia jodohku belum lagi terungkai tapi akan ku nanti sehingga tiba masanya. Semoga Allah menitipkan aku seorang khalifah yang bisa memimpin aku dan keturunanku ke syurga-Nya.

Pada hari perkahwinan tersebut...

Majlis diadakan sangat sederhana tapi dapat dirasai betapa Allah merahmati majlis tersebut. Aku datang tanpa berteman. Di sekelilingku, penuh dengan tubuh-tubuh manusia yang dijemput menghadiri majlis tersebut. Aku menemui kedua-dua mempelai yang nyata kelihatan sangat berseri-seri wajahnya. Allah.. sangat sepadan. Aku berpelukan seketika dengan pengantin wanita yang indah memakai jubah moden berwarna hijau muda bersulam manik berwarna putih dan yang pasti masih kekal mengikut syariat Islam.
"Barakallahu lakuma wabaraka 'ala kuma wajama'a baina kuma fii khair ya 'Aesyah. Semoga kekal hingga ke syurga" kataku sambil mempamerkan sebaris senyuman.
"Allahuma amin.. Syukran wahai sahabat dunyawi waukhrawi. Semoga enti bertemu Jodoh secepatnya."
"Amin. Allah.. ramai juga yang datang majlis enti ni kan?"
"Alhamdulillah... Kebanyakkannya bekas pelajar sekolah Menengah Tun Zakaria Al-Mahfuz saja. Kalau enti perasan tadi Ridhuan ada bersama isterinya tapi mungkin dah pergi makan. Enti dah makan?"
"tak perasan pulak. Belum lagi, tadi ana datang terus cari enti. Lama sangat tak jumpa. Lepas SPM semua mengikut haluan masing-masing. Allah.. Maryam ke tu?" kataku sambil mengarah ke sebuah meja.
" oh! ya Maryam, baru saja dia jumpa ana tadi."
"Kalau macam tu, ana join dia makan lah ya. Once again, Selamat Pengantin Baru"
Aku menuju ke arah Maryam yang tengah leka menikmati Nasi Minyaknya. Perlahan-lahan aku menegurnya. Dia terkejut sambil melatah. Mula-mula mukanya merah macam hendak marah saja tapi setelah dia melihat wajahku lantas dia memeluku erat. Maryam merupakan antara sahabat yang sangat rapat denganku waktu sekolah menengah dulu. Kami bersembang seketika sebelum aku menuju ke tempat makanan untuk mengambil makanan. Tiba-tiba satu suara garau yang sudah sekian lama hilang dari menyapa halwa telinga kedengaran..
"Zulaikha?"
|To•Be•Continued|-Karya Original Milik Saya Sendiri-

Comments

Popular posts from this blog

siapa aku di matamu

Hidup ini Milik Aku