Anak
Assalamualaikum.
kalau baca tajuk tu, mesti korang rasa aku ni nak sangat kahwin dan ada anak kan.
actually,
semuanya bermula dengan youtube.
semalam kalau tak silap aku, aku pegi tekan youtube. keluar keluar ja, PAP! ada satu video ni. tajuk dia dah gempak gila.
bila klik ja. laptop pulak buat hal. tak dapat nak tengok.
tadi aku nak try ah tengok. still laptop macam baru kena campak dari tingat 13. try bukak dekat hp, haram jadah, baru taip tajuk dia, loading pastu 'connection error' pulak. langgan ah data semata-mata nak tengok youtube.
sampai ke petang, jangankan youtube, insta pun loading ja kerja. takda pekdah aku langgan.
sabar.
malam lepas tarawih, saja lah nak layan running man memandangkan chrome kena penyakit sawan. tetiba skrin menggelapkan diri. berapa kali tah aku cuba. sampai last last...
aku cabut wayar.
pastu on, tetiba okay pulak. lancar ja. apa lagi aku pun terus tekan youtube dengan rakusnya dan layan benda yang aku nakkk sangat tengok dari semalam.
Allah.
Demi Allah masa aku tengok video tu, aku susah nak tahan sebak aku. seryes aku nak nangis. aku tahan. sebab ada roommate aku. malu ah kalau dia tengok aku tetiba nangis.
budak nama Musa tu. sangat hebat. ramai orang test dia. surah albaqarah lah, arrahman, surah Muhammad, semuaaa dia boleh jawab.
Subhanallah!
hebatnya adik Musa ni. sampai murabbi dia kut, cium tangan dia. sheikh yang dijemput datang situ pun, menitiskan air mata apa lagi penonton di sana.
hebat kau dik :)
lelaki yag digelar abi tu kata:
sebak. aku ulang banyak kali pun aku rasa nak nangis jugak.
lepas tu aku fikir, untung mak ayah dia dan pandai mak ayah dia didik anak. takda apa yang paling membanggakan di dunia ni melainkan ada anak yang SOLEH WA SOLEHAH.
sebelum ni, malam jumaat lepas, seorang kenalan dijemput jadi imam tarawih di kolej perempuan. aku kenal dia pun dari society kos aku.
Allah.
dah lah hafiz, suara dan bacaannya pun sedap belaka. rasa macam nak suruh dia jadi imam kat situ tiap hari. bukan nak menggedik ya, tapi dia baca seryes sedap.
lepas tu aku fikir benda yang sama, untung mak ayah dia.
bukan dia ja, ada seorang ukhti dekat kolej aku ni hafizah, suaranya pun sedap gila. jeles pun ada sebab aku ni tak hafal banyak surah macam dia. tarannum pun aku main bantai asal sedap. *statement hujung ni diragui*
Allah. Allah. Allah.
aku ni pun seorang anak tapi bukanlah aku nak buktikan yang mak ayah aku tak untung dan kurang bijak mendidik. tapi aku ja yang takda inisiatif untuk lakukan semua benda dek terlampau memanjakan diri.
in shaa Allah, perlahan-lahan aku cuba praktikkan.
dan bila aku dah tengok budak 5 tahun hafaz 29 juz dan dengar bacaan kenalan yang hebat-hebat tu, aku pun bernawaitu nak mendidik generasi quran.
tapi kalau nak didik orang, kena mula dari diri sendiri.
in shaa Allah, kita cuba. kalau aku tak dapat realisasikan harapan aku ni, moga-moga, keturunan aku a.k.a anak aku nanti, dapat melahirkan generasi quran ni. amin.
tapi bila tengok orang zaman terlebih bijak ni, orang kurang pandang ahli ahli quran ni.
tengok lah. pemenang pertandingan hafaz quran peringkat antarabangsa *kalau tak silap saya*, diorang dapat hadiah rm40 000, rm50 000. kalau juara kilauan emas, af dan etc, cecah ratus ribu.
nampak tak maksud aku tu?
kalau tak, baca balik.
bukan aku nak komen pasal duit tapi kenapa pertandingan nyanyi boleh cecah ratus ribu pertandingan hafaz QURAN tak dapat? hafaz quran ya, bukan hafal lirik. nampak beza dia?
takpa, kita husnuzon. mungkin yang menyanyi tu hidup susah dan perlukan duit atau pun kebetulan team produksi tu ada duit lebih sikit, jadi dia bagilah lebih.
walaupun cerita cam kartun sangat, tapi nevermind.
hina dan mulia manusia, bukan bergantung pada apa yang manusia kata tapi bergantung kepada Allah.
kan?
siapa kita nak kata, weh kau tau nyanyi ja, hafaz quran takdak!
entah-entah yang menyanyi tu hafaz banyak surah berbanding kita.
mana kita tau kan?
pentingnya husnuzon ni kawan-kawan :)
kembali kepada point anak tu
tu jelah yang aku nak cakap selain share pasal cita cita nak ada anak yang bergelar hafiz atau hafizah. bangga jugak atok nenek diorang nanti ada cucu ahlul quran macam diorang ni.
tinggi sangat impian tu.
abes foundation pun belum.
tapi tak salah pun. asalkan aku usaha.
haha.
rasanya dah cukup untuk malam ni.
tu pun kebetulan laptop aku bagi greenlight.
kalau tak memang habuklah laptop ni.
selamat syahid kecil.
jangan lupa bangun sahur nanti. sesungguhnya bersahur tu ada keberkatannya.
ADIOS.

"Hafiz muda, musa 5, dari bangka hafaz 29 juz al-quran"lebih kurang camtu ah tajuk dia. kalau nak tengok, rajinkan diri usha dekat youtube.
bila klik ja. laptop pulak buat hal. tak dapat nak tengok.
tadi aku nak try ah tengok. still laptop macam baru kena campak dari tingat 13. try bukak dekat hp, haram jadah, baru taip tajuk dia, loading pastu 'connection error' pulak. langgan ah data semata-mata nak tengok youtube.
sampai ke petang, jangankan youtube, insta pun loading ja kerja. takda pekdah aku langgan.
sabar.
malam lepas tarawih, saja lah nak layan running man memandangkan chrome kena penyakit sawan. tetiba skrin menggelapkan diri. berapa kali tah aku cuba. sampai last last...
aku cabut wayar.
pastu on, tetiba okay pulak. lancar ja. apa lagi aku pun terus tekan youtube dengan rakusnya dan layan benda yang aku nakkk sangat tengok dari semalam.
Allah.
Demi Allah masa aku tengok video tu, aku susah nak tahan sebak aku. seryes aku nak nangis. aku tahan. sebab ada roommate aku. malu ah kalau dia tengok aku tetiba nangis.
budak nama Musa tu. sangat hebat. ramai orang test dia. surah albaqarah lah, arrahman, surah Muhammad, semuaaa dia boleh jawab.
Subhanallah!
hebatnya adik Musa ni. sampai murabbi dia kut, cium tangan dia. sheikh yang dijemput datang situ pun, menitiskan air mata apa lagi penonton di sana.
hebat kau dik :)
lelaki yag digelar abi tu kata:
"anak kecil, sekalipun terbatas kemampuannya, menjadi mulia kerana Al-Quran, semua kita tunduk kerana Allah memuliakannya dengan Al-Quran"Allah.
sebak. aku ulang banyak kali pun aku rasa nak nangis jugak.
lepas tu aku fikir, untung mak ayah dia dan pandai mak ayah dia didik anak. takda apa yang paling membanggakan di dunia ni melainkan ada anak yang SOLEH WA SOLEHAH.
sebelum ni, malam jumaat lepas, seorang kenalan dijemput jadi imam tarawih di kolej perempuan. aku kenal dia pun dari society kos aku.
Allah.
dah lah hafiz, suara dan bacaannya pun sedap belaka. rasa macam nak suruh dia jadi imam kat situ tiap hari. bukan nak menggedik ya, tapi dia baca seryes sedap.
lepas tu aku fikir benda yang sama, untung mak ayah dia.
bukan dia ja, ada seorang ukhti dekat kolej aku ni hafizah, suaranya pun sedap gila. jeles pun ada sebab aku ni tak hafal banyak surah macam dia. tarannum pun aku main bantai asal sedap. *statement hujung ni diragui*
Allah. Allah. Allah.
aku ni pun seorang anak tapi bukanlah aku nak buktikan yang mak ayah aku tak untung dan kurang bijak mendidik. tapi aku ja yang takda inisiatif untuk lakukan semua benda dek terlampau memanjakan diri.
in shaa Allah, perlahan-lahan aku cuba praktikkan.
dan bila aku dah tengok budak 5 tahun hafaz 29 juz dan dengar bacaan kenalan yang hebat-hebat tu, aku pun bernawaitu nak mendidik generasi quran.
tapi kalau nak didik orang, kena mula dari diri sendiri.
in shaa Allah, kita cuba. kalau aku tak dapat realisasikan harapan aku ni, moga-moga, keturunan aku a.k.a anak aku nanti, dapat melahirkan generasi quran ni. amin.
tapi bila tengok orang zaman terlebih bijak ni, orang kurang pandang ahli ahli quran ni.
tengok lah. pemenang pertandingan hafaz quran peringkat antarabangsa *kalau tak silap saya*, diorang dapat hadiah rm40 000, rm50 000. kalau juara kilauan emas, af dan etc, cecah ratus ribu.
nampak tak maksud aku tu?
kalau tak, baca balik.
bukan aku nak komen pasal duit tapi kenapa pertandingan nyanyi boleh cecah ratus ribu pertandingan hafaz QURAN tak dapat? hafaz quran ya, bukan hafal lirik. nampak beza dia?
takpa, kita husnuzon. mungkin yang menyanyi tu hidup susah dan perlukan duit atau pun kebetulan team produksi tu ada duit lebih sikit, jadi dia bagilah lebih.
walaupun cerita cam kartun sangat, tapi nevermind.
hina dan mulia manusia, bukan bergantung pada apa yang manusia kata tapi bergantung kepada Allah.
kan?
siapa kita nak kata, weh kau tau nyanyi ja, hafaz quran takdak!
entah-entah yang menyanyi tu hafaz banyak surah berbanding kita.
mana kita tau kan?
pentingnya husnuzon ni kawan-kawan :)
kembali kepada point anak tu
tu jelah yang aku nak cakap selain share pasal cita cita nak ada anak yang bergelar hafiz atau hafizah. bangga jugak atok nenek diorang nanti ada cucu ahlul quran macam diorang ni.
tinggi sangat impian tu.
abes foundation pun belum.
tapi tak salah pun. asalkan aku usaha.
haha.
rasanya dah cukup untuk malam ni.
tu pun kebetulan laptop aku bagi greenlight.
kalau tak memang habuklah laptop ni.
selamat syahid kecil.
jangan lupa bangun sahur nanti. sesungguhnya bersahur tu ada keberkatannya.
ADIOS.
Comments
Post a Comment