Bila hati telah hitam, aku jadi manusia terjahanam.

Bila hati telah hitam,
dia hilang satu benda,
iaitu 'perasaan'.

perasaan apa?
perasaan takut akan Tuhannya.
perasaan gentar saat menyebut nama Ilahnya.
perasaan syahdu akan dosanya yang menimbun.
perasaan indah dan manisnya saat sujud tanda abdi pada Tuhan.
segalanya hilang,
saat kau hilang kesucian hati,
saat nur semakin malap,
saat titik hitam mula memenuhi ruang.

Dulu aku sentiasa dahagakan ilmu,
diikat ilmu itu dalam satu buku,
kini semakin moden zaman,
ilmu terikat dengan mudah dengan adanya teknologi,
tapi aku mensiakan,
pandang sekilas namun kadang terbiar,
duhai hati, mana pergi perasaan itu?

Dulu aku cinta akan ayat-ayat indah milik Tuhan,
inginkan ia jadi amalan yang membasahi lidah,
yang menyuburkan hati dan minda,
yang bisa menenangkan jiwa,
mendekatkan aku dengan Tuhan,
tapi sekarang,
aku hilang punca,
mengapa tiada lagi cinta,
mendengar ayatNya tapi hatiku kosong,
duhai hati, mana pergi perasaan itu?

Dulu aku gentar, aku takut saat mendengar cerita tentang neraka,
risau jika diri ini menjadi bahan bakarnya,
risau jika diri ini tidak mampu menarik sambutan tangan mereka yang tersayang ke Syurga,
tapi kini,
hatiku kosong, tiada rasa.
mungkin aku yang menghulur meminta bantuan mereka untuk aku ditarik ke Syurga,
duhai hati... mana pergi perasaan itu?

Aku cemburu dengan mereka yang bisa teresak saat membaca ayat-ayatNya yang indah,
yang menunjukkan betapa hatinya terpaut kukuh dengan Islam, dengan Allah,
sedang diriku, tenggelam dengan bisikan iblis dan mengikut sehingga lupa akan wujudnya Tuhan yang memerhati.

Duhai hati, jangan sesekali berkata bahawa "diri ini tidak sempurna, sentiasa dengan dosa",
aku risau kelak aku merasa tenang dengan kata-kata itu dan terus menimbun dosa, berbuat maksiat.
Jangan disenangi hati dengan bicara merendah diri sehingga kau merasa senang hati dengan dosa.

Duhai diri,
pahat dalam ingatan,
bila hati telah hitam, maka kau jadi manusia terjahanam.
Muhasabah diri,
dan cari Tuhan.




|pesanan buat diri|

Comments

Popular posts from this blog

Hidup ini Milik Aku

Pendam

short hello.