Pendam V
Sehingga ke saat ini, aku belum mendapat jawapan yang pasti. Aku mula
risau. Aku mengadu dengan Ummi. Ummi menyarankan aku menenangkan diri dengan
jalan-jalan ke Bandar. Singgah mana-mana masjid dan bertafakur di situ. Aku
mengikut seperti yang disarankan Ummi. Aku bersiap ala kadar, sederhana sahaja
dengan Jubah hitam dipadankan dengan Tudung labuh bewarna pink lembut sedondon
dengan purdahku. Dengan lafaz bismillah dan doa menaiki kenderaan aku memacu
kereta Myviku ke Bandar.
Bertemankan alunan dzikir yang ku pasang di radio, hatiku mula merasa
tenang. Dunia seolah-olah indah saja. Sampaikan jalan jem selama 30 minit tadi
pun ku rasakan tenang. Tak pernah aku merasakan ketenangan yang sebegini. Aku
menuju ke sebuah masjid. Masjid Al-Firdaus. Masjid yang sangat indah terletak
ditengah-tengah Bandar. Aku meletakkan keretaku di kawasan parking. Aku duduk
seketika di bangku yang terletak di bawah pepohon rendang yang berbunga pink
cair. Awan mendung berselang seli dengan panas matahari. Indah sekali. Dengan bunga-bunga
yang mula berjatuhan ke bumi, aku menarik nafas. Tenang. Itu yang ku rasakan.
Tanganku menggenggam senaskhah Al-Quran bewarna Pink lembut. Aku meletakkan
Al-Quranku itu di atas bangku tersebut. Kemudian aku berlalu ke dalam masjid
yang sedikit lengang itu.
Aku menunaikan solat sunat kemudian bertafakur. Lama aku bertafakur.
Lebih kurang sejam jugak. Segala benda yang pernah terjadi dalam hidupku, ku
ingat kembali satu persatu. Allah. Indahnya… Dengan sekelip mata, Allah
memberikan aku keyakinan yang Muhammad itu memang jodoh yang terbaik buatku.
Aku senyum. Akhirnya bebananku yang semalam sudah terjawab. Kini, aku sudah
bersedia. Aku melangkah keluar setelah mengemaskan penampilanku. Aku berjalan
ke bangku yang ku dudukki tadi. Aku dapat melihat seolah-olah ada benda yang
agak besar terselit dicelah-celah Al-Quranku itu. Kotak baldu bewarna putih?
Aku mengambil kotak baldu putih itu sambil memegang Al-Quranku. Inginku buka
tapi hatiku ragu-ragu. Tapi dengan niat hendak mencari tahu siapa pemilik kotak
baldu putih ini, ku kuatkan hati, ku buka jugak.
Jelas kelihatan terlakar namanya pada Cincin tersebut. ‘Zulaikha&…’.“Cin.. Cincin??”
“Ana dah temui wali anti selaku pemilik Srikandi Islam ini, meminta izin secara baik untuk memperisterikan anti. Ana tidak memiliki harta yang menggunung tinggi untuk dipersembahkan, cukup iman dan kasih sebagai galang ganti. Ana tak sempurna mana tapi dengan adanya anti, ana sudah merasa cukup sempurna. Untuk sama-sama membina kasih di atas Cinta Ilahi, sama-sama berjuang mencapai Firdausi. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, sudikah Zulaikha Insyirah Binti Haji Arsyad menjadi pendamping setia Muhammad Hairul Al-Haffiz, insan yang tiada apanya ini?”Aku seolah-olah kaku di atas tapak kaki sendiri. Tiada kata yang mampu diluahkan. Hati lagilah derita, terpaksa menanggung perasaan yang sungguh luar biasa dari tuannya. Allah. Mimpikah aku? Perlahan-lahan aku menoleh ke arahnya dengan kening yang sengaja ku kerutkan. Serius. Namun, Hairul hanya melemparkan senyuman seikhlas yang boleh. Aku berdehem.
“Jadi… anta lah Muhammad, ‘lebai misteri’ tu? Lakonan apa lagi yang anta nak buat ni? Anta dah sedarkan ana betapa tak layaknya ana bersama orang yang hebat macam anta, buat apa nak susah-susah jumpa walid ana? Cukuplah Haffiz. Cukup. Ummu dah nikah, tapi banyak lagi ‘Srikandi Islam’ yang layak untuk anta kat luar sana. Ana tak setaraf dengan diorang semua. Berhentilah buat ana perasan. Hati ana Allah ciptakan bukan untuk jadi bahan experiment ‘cinta palsu’ manusia, tapi Allah cipta hati ana untuk mereka yang sanggup terima ana walaupun ana ni tiada apanya di mata manusia-manusia dalam dunia ni. Lupakanlah Ummu, carilah orang lain. Assalamualaikum”Aku berjalan melintasi Hairul. Belum sempat kakiku melangkah untuk setapak lagi, Hairul berpusing lalu bersuara.
“Ana mintaa maaf. Ana tau ana terlalu hina untuk mendapat kemaafan orang sebaik anti tapi jujur ana kata, ana ikhlas nak menikahi Zulaikha. Bukan lakonan semata-mata. Semua ni ana buat ikhlas dari hati. Ana memang dah lupakan Ummu sejak Allah tunjukkan siapa sebenarnya tulang rusuk ana masa ana berdoa di depan kaabah beberapa minggu yang lalu. Antilah tulang rusuk ana yang ana butakan mata dari melihatnya selama ini. Ana pekakkan telinga ana dari mendengar apa-apa berkaitan anti. Tapi kuasa Allah Zulaikha, ana tak mampu nak melawannya. Ana tak pernah niat walau sebesar zarah nak buat anti perasan tapi kalau anti nak tahu, Allah ciptakan ana untuk menerima hati seorang ‘Srikandi Islam’ yang selama ini tiada apanya di mata manusia di bumi tapi sangat bernilai pada mata ana. Ana tau selama ni ana tersilap arah, ana meletakkan kesalahan pada anti bila Ummu tolak ana. Ana minta maaf. Ana berharap sangat anti boleh terima pinangan dari ana. Kalau anti nak suruh ana cari orang lain, ana tak akan dapat buat kalau memang sudah tertulis di Loh Mahfuz yang Zulaikha milik Hairul.”Perlahan-lahan aku berpusing. Tak tau nak buat muka apa. Alah, lagipun dia bukan boleh Nampak muka aku macam mana, setakat kening aku, tak dapat nak teka apa pun.
“Tak payah nak buat karangan BM sangat, taulah orang tu dapat A+ masa SPM dulu…”
“Lagi satu, Mengikut undang-undang Cinta, Akta Hati 1995 seksyen 28(3), anti didapati bersalah kerana merompak hati ana dalam keadaan ana tak sedar langsung sehinggalah Allah buktikan kebenarannya. Mengikut undang-undang, anti mesti dihukum sama ada terima pinangan ana atau nikah dengan ana Jumaat ni. Dipersilakan buat pilihan.”
“Macam takda pilihan je…”Kami sama-sama ketawa. Petang tu, aku menyatakan keputusanku kepada Ummi yang aku setuju untuk menerima pinangan tersebut. Rupanya Ummi sudah merancang semua ini dengan Hairul, sengaja Ummi menyuruh aku ke Bandar untuk tenangkan diri padahal Ummi dah bersekongkol dengan Hairul untuk mempertemukan kami di situ, Masjid Al-Firdausi. Tapi hakikatnya, semua itu kehendak Allah. Jika Allah tidak mengizinkan, mungkin aku tidak akan bertemu dengannya. Perancangan Allah terlalu hebat sehingga akal manusia terbatas untuk menekanya. Hatta perancangan manusia itu sendiri, Allah yang mengawalnya. Kini, aku bahagia dengannya. Meskipun segalanya bermula dengan duri dan tuba, tapi pengakhirannya sangat manis sehingga apa yang pernah ku lalui sebelum ini hilang begitu sahaja.
|Cinta yang dipendam itu sangat menyakitkan dan menyedihkan tapi
ingatlah, semat dalam hati, Allah tak kejam dan Allah tak pernah salah.
Sesungguhnya Allah tahu apa yang kita tak tahu. Teruskan berdoa, sebab Allah
pemilik hati-hati manusia, Allah tahu apa yang tersembunyi di dalam hatimu.
Percayalah kepada Allah, Allah sentiasa tahu|
|Meminta maaf tak membuatmu jadi kecil, dan orang yang memaafkan orang
lain ialah orang yang memiliki jiwa yang sangat besar-Kabhi Kusyi Kabhi Gham.
Beri dan mintalah kemaafan selagi mampu, selagi bernyawa. Bukan pada manusia
saja tapi juga pada yang Esa. Jangan takbur, merasa diri sempurna, kerana kita
tiada bezanya, tercipta dari sesuatu yang hina, WALLAHUALAM|
●●●THE END●●●
Comments
Post a Comment