#Chapter 39/366; Lifeless tanpa Tuhan

kenapa
manusia seperti aku
beringat cuma seketika
syukurku boleh dikira

dosa pahala entah ke mana
apa jadi dengan diri aku?
tak gentar lagikah dengan amaran Tuhan?
guys,
apa perasaan korang bila korang hanyut kat laut then takda orang nak tolong?
helpless kan? takut.. macam mana kalau mati kena makan jerung, macam mana kalau mati lemas
apa yang terfikir masa tu, macam mana kalau mati, takut mati, amalan pun tak tau lagi masa tu..
ke ada orang yang takda perasaan hanyut kat tengah lautan?

macam tu la hidup kalau kita jauh dari Allah,
lifeless, kosong.
apa ada dalam hidup kalau Allah takda dalam hati?
apa jadi dengan kita kalau kita tak percaya Tuhan?
kita bukan jadi dengan sendirinya,

tapi, macam mana pulak dengan orang yang percaya adanya Tuhan tapi langsung tak menyembahnya? atau pun dia sembah Tuhan setiap hari tapi tak takut dengan dosa? macam mana pulak tu? tak ke sama macam dia sembah tapi tak percaya? thenn what's the different with the first person i mentioned? bezanya, satu menghampiri kufur dan satu munafik.

jenis manusia macam ni, aku pernah lalui.
aku pernah jadi mereka dan mungkin aku dalam kalangan mereka.
jujur aku kata, untuk berubah, tak mudah tapi tak susah. in between. but i found it hard for me yet im struggling for a change.

apa-apa pun, aku tau apa yang aku lalui kebelakangan ni kifarah dosa dari Allah untuk aku, bila lagi aku nak sedar kalau bukan sekarang, cuma aku tak tau sampai bila aku ingat ini. aku harap aku ingat yang aku ni jahil, bukan asalnya orang yang baik. biar aku tak pandang rendah pendosa. bukan ke ibaratnya aku pandang rendah diri sendiri? sebab aku juga pendosa.

cukuplah aku angkuh, tak sembah Tuhan tapi percaya,
cukuplah aku berpura-pura, sembah Tuhan tapi dosa tetap buat,
nanti aku yang malu sendiri di akhirat.
cuma aku tak tahu sejauh mana aku berpegang dengan kata aku sendiri. lagi memalukan.

tetiba hari tu aku terbaca makna Surah as-sajdah. Aku tengok sekilas je hari tu, then aku scroll balik.
Allah kata dekat ayat ke 12
dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu) ; "wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejela-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin"
Tapi Allah jawab di surah yang ke 13, yang Allah akan memenuhi neraka jahannam dengan semua jin dan manusia yang pada masa hidupnya TIDAK BERUSAHA untuk beriman dan beramal soleh. pendek cerita, Allah reject rayuan pendosa tersebut untuk kembali ke dunia. masa ni aku fikir, ni la sebab ulama' suruh kita baca Quran dengan maknanya sekali. jujur, aku bukan jenis yang baca Quran dengan maksud, sebab aku ni pemalas. baca Quran pun ikut mood. kira kalau aku rasa nak jadi baik aku buatlah.

aku tau apa yang aku cakap cam tak link to each other. kahkah.

aku suka tulis apa yang ada dalam fikiran aku, so nanti kalau aku ingat, aku boleh baca balik. sebab aku bukan 24 jam baik. sebab ada masa kita jadi lifeless, bila jauh dari Allah. itulah manusia seperti aku. jangan jadi macam aku.

so citer pasal surah tu, siapa tak takut kan, bergantung ngan kita ja nak jadi baik ke tak, nak buat ke tak. sempat lagi nak tarbiyyah diri, nak bertaubat. ni kira macam aku cakap dekat diri sendiri lah dan sesapa yang sudi. jadi jauh dari Allah ni antara cerita kehidupan yang sangat sedih dalam hidup aku yang buat aku sedar betapa susahnya hidup jadi manusia, lagi-lagi nak jadi baik. susah. mana kau nak jadi baik, mana kau nak rasa tawaduk, sebab sekali kau riak, rosak segala amalan, lagi kalau riak luar sedar, sedih kut. ibarat kau main sebatang mancis, tetiba satu rumah terbakar.

moga aku berubah. Amin. dah abis cerita. boi. Assalamualaikum

Comments

Popular posts from this blog

Pendam

siapa aku di matamu

Hidup ini Milik Aku