Too Many Story..

Assalamualaikum..


In short saya nak story what  happen after SPM result last two weeks ago.
Everything happen so fast. And SERIOUS.

21 March 2013
Masa ni result SPM keluar. Result sekolah saya memang gempak jugak lah. Boleh tahan gitu. Bestie saya dapat title top student sebab result dia 9A 1B(8A+ 1A 1B+). Gila kan? saya pun terkejut. Bertuah dia. Haha. Yang paling best dia dapat bunga yang dalam dia ada patung comel. Ingatkan semua student top5 dapat,tau-tau dia sorang je. Tapi takpe.. Boleh beli di kedai kalau nak sangat. Saya tak nak cerita banyak pasal result ni sebab tak banyak sangat storynya. Kalau ada pun saya lupalah kot -.- *KOT*

22 March 2013
Ni hape? takda apa sebenarnya tapi tarikh  ni tarikh lahir P.Ramlee. Saya paling minat lagu 'di mana kan ku cari ganti' sedih tuu. Meleleh air mata kalau dengar *kalau feel sangat lah*. And tarikh ni tarikh wafat seorang ulama'. saya tak berapa ingat nama dia. Hari tu jugak saya pergi dinner dengan family. Adik saya paling susah nak seret pegi jalan-jalan tapi nasep baik dia punya mood banyak okey lepas makanan dia sampai. Haha. And! Abang saya bagi dia punya henfon sempena Result SPM. sekurang-kurangnya henfon aku cun dah tak  serabai lagi macam yang dulu punya tu. Thanks Allah :) saya pun sempat beli casing Rilakkuma warna biru. Nampak pelik tapi yang penting nampak besar dan comel :3

25 March 2013
Masa ni classmate semua gather togather! tapi tak semualah. Ada 4 orang yang tak dapat datang atas sebab-sebab tertentu. Sedih jugak. Yelah, last day okey. Kalau boleh nak semua datang. Cikgu Sejarah kita belanja sebab kami satu kelas lulus sejarah, WUHUU! kami bukan sekolah yang top sangat,sederhana je. So its sound like miracle bila semua student dalam kelas kami tu lulus. Sebab sebelum tu, kelas kami pernah rekod 2 orang je lulus daripada 14 orang. *sikit kan?* Nasib badan. Lelaki 2 orang je. Ha-ha. okey, fullstop!

28 March 2013
Ni hari jadi saya. Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan untuk hidup sehingga sekarang. But i dont really feel happy with my birthday sebab saya ada masalah masa tu. Masalah yang saya rasa sangat besar dan sangat rahsia. Plus, masa tu kawan baik saya tengah bersedih sebab nenek dia sakit di hospital.Saya pernah jumpa nenek dia sebab masa form5 dulu saya dan kawan suka datang rumah dia buat kerja sekolah, ULBS semua. Masa malam tu saya pergi kedai kek beli kek. Ntah kenapa tetiba je rasa nak makan kek walaupun masa tu gigi saya tengah dilanda tornado. Blueberry cake! Nyum-nyum. Sedap :9 Brupp! kenyang.

29 March 2013
Everything look so sorrow at the graveyard... Kalau semalam nenek jijah masih bertahan.. tapi pada tarikh ini lagi-lagi pada hari soyyidul ayyam(Jumaat).. Allah menjemput nenek jija kembali ke rahmatullah. Saya dan jana pergi rumah dia masa hari tu. Jija memang nampak sedih sangat sebab dia paling rapat dengan arwah nenek dia. Masa nenek dia selesai dikafankan, semua ahli keluarga jija memberi kucupan terakhir untuk arwah. Bila tiba masa jija, saya rasa sedih sangat. Hiba. Semuanya. Rasanya kalau saya yag berada di tempat jija.. saya tak taulah. Masa di kubur pun, jija paling susah nak bawak pulang rumah. Masa tu semua orang dah balik. Saya ada dengar jija cakap "bang, tutup di atas ni baa, nanti eyang panas.." , "kesian eyang tinggal sorang-sorang.." (bahasa bajau. eyang=nenek) . Masa tu dia tengah menangis. Masa nak keluar dari kubur pun dia balik-balik tengok ke belakang, tengok kubur nenek dia. Ya Allah... sedih sangat :( Semoga Arwah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman. Amin.

Everything also look so sorrow in my heart.. saya gaduh dengan classmate saya. saya rasa apa-apa yang saya buat untuk membetulkan keadaan pun tak guna. Sebab semua mesti disalah anggapkan. Semua yang saya buat baik yang baik atau jahat.. semua jahat. Saya tak kuat. Saya rasa sayalah classmate paling teruk bagi dia. Dia tak pernah nak melihat apa yang saya buat tu disisi yang positif. Benda ni semua dah lalu tapi dia tak boleh lupa. Semua manusia buat salah. Kami buat salah,dia pun buat salah. saya nak cakap apa asbab yang kami buat pun tak guna, lagi-lagi saya yang cakap. Dia kan benci saya. Saya sedih sangat. Masa saya bagitau dia sebab dan apa yang saya buat dia cakap yang dia bukan jenis yang suka cerita kebaikan diri sendiri dengan orang yang kita buat kebaikan tu. dia akan cerita dengan orang lain. saya tau dia sindir saya. tapi saya takda niat nak tunjuk kebaikan diri sendiri, takda niat langsung! saya cuma nak betulkan keadaan saja. Tuu je.. tapi dia salah anggap pulak. Saya hanya mampu doa semoga Allah tunjukkan segala kebenaran dan harap-harap kami berbaik semula. Saya harap sangat kami berbaik dan lupakan hal lalu. Dia pun pernah buat banyak benda dengan saya tapi saya try lupakan semuanya.  Everyone make mistake. Admit that everyone make mistake. Bukan tugas kita untuk menghukum seseorang atas sebab yang dilakukannya. Benci perangai bukan benci pelakunya. Ya Allah.. Kau perbaikilah ukhuwah diantara kami.. Hilangkanlah sengketa anatara kami dan hapuskanlah walau sekelumit rasa benci dalam hati-hati kami. Amin...

| yang baik semua datang dari Allah, yang buruk semua asal dari kekhilafan diri sendiri. Hanya mampu berdoa. Kepada classmate, maafkan salah kami semua dan maafkan saya yang berdosa dengan awak. Tiada niat nak memporak-porandakan ukhuwah antara awak dengan classmate yang lain cuma segalanya berlaku disebabkan salah faham. Ini semua kehendak Allah.. saya yakin pasti ada hikmah disebalik semua ni. Harap-harap awak tak lupakan kami. Saya akur dengan kehendak awak. Saya harap kalau suatu hari nanti saya diizinkan Allah berjumpa semula dengan awak, saya harap masa tu awak dah maafkan kami. saya juga berharap sangat awak maafkan kawan-kawan dan saya bila saya dah tiada di dunia ini... sekian|

Comments

Popular posts from this blog

Pendam

siapa aku di matamu

Hidup ini Milik Aku