Posts

Showing posts from January, 2014

Pendam V

Image
Sehingga ke saat ini, aku belum mendapat jawapan yang pasti. Aku mula risau. Aku mengadu dengan Ummi. Ummi menyarankan aku menenangkan diri dengan jalan-jalan ke Bandar. Singgah mana-mana masjid dan bertafakur di situ. Aku mengikut seperti yang disarankan Ummi. Aku bersiap ala kadar, sederhana sahaja dengan Jubah hitam dipadankan dengan Tudung labuh bewarna pink lembut sedondon dengan purdahku. Dengan lafaz bismillah dan doa menaiki kenderaan aku memacu kereta Myviku ke Bandar. Bertemankan alunan dzikir yang ku pasang di radio, hatiku mula merasa tenang. Dunia seolah-olah indah saja. Sampaikan jalan jem selama 30 minit tadi pun ku rasakan tenang. Tak pernah aku merasakan ketenangan yang sebegini. Aku menuju ke sebuah masjid. Masjid Al-Firdaus. Masjid yang sangat indah terletak ditengah-tengah Bandar. Aku meletakkan keretaku di kawasan parking. Aku duduk seketika di bangku yang terletak di bawah pepohon rendang yang berbunga pink cair. Awan mendung berselang seli dengan panas m...

Pendam IV

Image
‘Macam mana dia boleh kenal aku walaupun sekarang aku dah pakai purdah? Pelik.’ “Ya… ana Zulaikha. Macam mana anta tau ana..?” “Ana saja ja tegur tadi, Tak sangka pulak betul.” Dia gelak perlahan.   ‘lawak ke? Ish… jahatnya aku’ Dia menyambung,”beli kain putih nak buat baju nikah ke? Jangan lupa jemput ana” “Beli kain putih tak semestinya nak nikah. Nak mati pun beli kain putih jugak kan?”   Diam. “Ana gurau ja. Cuma nak pesan, Lihatlah yang putih kerana ia mengingatkan kamu tentang kematian. Rasai kelembutan yang hijau kerana ia mengingatkan kita tentang Syurga, pakaian ahli syurga. Menangislah tatkala melihat yang merah kerana ia mengingatkan tentang azab Allah, api neraka…Tak semua yang ada di dunia ini menyeronokkan tapi tak semua yang ada di akhirat itu menyedihkan. Ana bukan nak menyindir anta, Cuma tiba-tiba lidah ni nak cakap macam tu. Maaflah kalau anta terasa.”   Senyum. Itu yang ku lihat. Wajahnya sama seperti hari terakhir ku temui Cuma...

Pendam III

Image
Zaquaan senyum mengejek. Hairul dapat melihat perlakuannya itu melalui ekor mata. Sepi tetapi terasa ketegangannya. Zaquaan lantas berbicara. "Maaf kalau apa yang ana katakan ni menyakitkan hati anta tapi jujur ana cakap, ana terkejut mendengar bicara seorang 'hafiz' yang perasan hebat dan sempurna ni. Bravo! Anta dah terlampau sempurna dan memang tiada mana-mana perempuan layak berdamping dengan anta kecuali Ummu Shakirah. Dengan kata-kata takbur anta tadi sudah cukup membuktikan betapa anta berjaya menjadi Hafiz yang sangat dimuliakan dan dipandang tinggi. Ingat Hairul ! Ana yakin sangat yang Zulaikha bukan calang-calang orangnya dan jangan sesekali cuba memandang rendah terhadap dia. Dia tetap seorang perempuan Hairul. Masih punya hati. Tak guna ilmu berkepuk di dada jika bicara tak dijaga. Jangan merasa takbur berjalan di bumi Allah ni, Hairul. Jangan berjalan sambil mendongak sampai anta lupa dimana anta berpijak. Kita semua manusia sama disisi Ilahi yang membeza...