Pendam IV
‘Macam mana dia boleh kenal aku walaupun sekarang aku dah pakai purdah?
Pelik.’
“Ya… ana Zulaikha. Macam mana anta tau ana..?”
“Ana saja ja tegur tadi, Tak sangka pulak betul.” Dia gelak perlahan.‘lawak ke? Ish… jahatnya aku’
Dia menyambung,”beli kain putih nak buat baju nikah ke? Jangan lupa jemput ana”
“Beli kain putih tak semestinya nak nikah. Nak mati pun beli kain putih jugak kan?”Diam.
“Ana gurau ja. Cuma nak pesan, Lihatlah yang putih kerana ia mengingatkan kamu tentang kematian. Rasai kelembutan yang hijau kerana ia mengingatkan kita tentang Syurga, pakaian ahli syurga. Menangislah tatkala melihat yang merah kerana ia mengingatkan tentang azab Allah, api neraka…Tak semua yang ada di dunia ini menyeronokkan tapi tak semua yang ada di akhirat itu menyedihkan. Ana bukan nak menyindir anta, Cuma tiba-tiba lidah ni nak cakap macam tu. Maaflah kalau anta terasa.”Senyum. Itu yang ku lihat. Wajahnya sama seperti hari terakhir ku temui Cuma bertambah seri. Seri apa pun aku tak tau, nak teka? Kesah pulak aku pasal seri dia ni. Seri ‘nak kahwin’ kut. Arghh! Biarlah. Apasal otak aku ni rajin pulak nak buat pemerhatian. Ish…
“Takdalah. Apa pulak nak terasa kalau benda baik. Ana suka kata-kata anti tu. Tenang je dengar. Eh! Kebetulan ana jumpa anti ni, ana nak minta tolong anti sikit. Boleh tak?”
“InshaaAllah. Apa dia?”
“Ana ni sebenarnya datang sini nak cari kain untuk mama ana. Saja nak bagi hadiah kat dia tapi tulah, jadi orang lelaki ni, susah jugak, tak tau nak pilih mana yang sesuai dengan dia. Harap anti boleh tolong ana..”
Sunyi. Aku tengah fikir lah! Ingat senang ke? Kalau salah pilih, pastu
mama dia tak berkenan macam mana? Tak ke membazir?
Dalam masa yang sama, Hairul memandang dengan penuh harapan.
“Okay ana cuba tapi… ana nak tau mama anta suka warna apa? Yelah kalau sekalipun corak dia mungkin taklah cantik mana, mesti mama anta suka jugak kalau dah warna favourite dia kan? So… taklah membazir nanti.”
“Pandailah pulak anti ni, ana tak terfikir pulak tadi. Hmm.. anti datang sorang je ke?”
“Biasa je lah. Ya, ana datang sorang je. Tapi sebelum tu ana nak bayar kain ana dulu, pastu ana tolong cari kain untuk mama anta.”
“Eh! Takpa, takpa. Ana tolong bayar kain anti tu”Apsal lah pulak ‘Pak Haji’ ni baik sangat. Belum sempat aku nak bantah kata-kata dia, dia dengan cepat bertindak merampas kain satin putih yang ku letakkan di atas kain-kain yang lain. Aku Cuma memerhati langkahnya menuju ke kaunter pembayaran. Aku protes dalam diam. Tapi yelah, dah orang nak belanja. Terima jelah Zulaikha oi! Eh! Aku tak hadaplah dengan ‘nak belanja’ dia tu, taulah dia kerja Peguam Syariah, banyak duit tapi aku pun boleh bayar sendiri walaupun aku ni kerja Guru sekolah rendah je. Ish… Apasal aku jahat sangat ni? Lupakanlah. Mengelamun punya mengelamun, Hairul sudah menghampiri Zulaikha sambil menghulurkan bungkusan plastik beserta senyuman.
‘cukuplah bungkusan tu je plastik, jangan senyuman pun plastik sudah!’
Apa kenalah Zulaikha ni, dari tadi tak habis-habis nak buruk sangka
dengan Hairul ni. Orang tengah baik hati nak tambah pahala dia selamba je nak
menambah dosa. Astaghfirullah.. Eh! Aku tak hingin lah nak menambah dosa tapi
tulah, aku kena hati-hati lepas ni. Jangan dia ingat aku dah lupa apa yang dia
cakap kat aku dulu. Lah.. sebab tu rupanya tapi tulah, mungkin ada betulnya
Cuma tak baiklah nak buruk sangka lebih-lebih ni.
“Terima kasihlah Haffiz”
“Sama-sama. By the way, kalau anti perasan lah, anti sorang je yang suka panggil ana Haffiz sebab jarang sebenarnya orang nak panggil ana dengan nama tu, yang selalu guna pun family ana.”
“Oh ye ke…? Eh! Hmm… mama anta suka warna apa eh? Cepat kita cari cepatlah siap sebab ana ada urusan sikit ni “
“Mama suka warna ungu lembut. Maaflah ana susahkan Ikha..”
“Takpa.”‘Takpa? Tu je dia cakap? Dia tak dengar ke aku panggil dia dengan nama lain? Taulah aku sebut perlahan sikit tapi mustahil dia tak dengar. Hmmm.. takpalah. Mungkin betul dia tak dengar kut’
Zulaikha pura-pura sibuk mencari kain yang sesuai dengan mama Hairul.
Saja nak buat macam dia tak terkejut langsung dengan perubahan panggilan Hairul
tadi, bukan dia tak dengar. Hairan? Tak langsung. Ramai je panggil dia dengan
nama tu.
“Haffiz.. rasanya kain ni sesuai dengan mama anta even ana tak pernah tengok mama anta tapi, ana selalu beli kain yang jenis macam ni dan bunga corak macam ni untuk ummi ana. Bunga purple dengan background putih, kain dia pun lembut, tak panas. Sesuai untuk orang yang berusia. Matchingkan pulak dengan tudung purple lembut, mesti cantik!”
“Cantik!”
“Okaylah, kalau anta setuju. Belilah. Hmm.. ana nak balik dulu. Ada urusan kejap. Terima kasih belanja ana kain tadi tu. Assalamualaikum”Belum sempat Hairul menjawab salam tersebut, aku bergegas meninggalkan kedai kain tersebut. Malas nak berlama-lama. Risau nanti jadi fitnah even tempat terbuka macam ni. Aku bukan ada apa-apa hubungan dengan dia. Cuma kawan. And! Takda benda penting pun nak bincang.
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
Aku baru selesai menunaikan solat istikharah. Cukup 12 rakaat. Entah
kenapa aku rasa tak tenang sampai terlebih rajin menunaikan solat istikharah
sebanyak itu. Saja nak buat ihsan, itu jawapan akalnya tapi hatinya, Allah je
yang tahu. Perbualan aku dengan Ummi petang tadi terimbau kembali. Perbualan
yang membuatkan hatiku tak tenang malam ni.
“Assalamualaikum Ikha”
“Waalaikumussalam Ummi.”
“Ikha, Ummi ada benda nak cakap ni”
“Apa dia?”
“Semalam ada lelaki datang rumah. Dia jumpa Walid ngan Ummi. Dia bagitau kita nama dia Muhammad. Baik budaknya, alim pulak tu, sopan santun, hormat orang tua, siap offer diri jadi imam solat Maghrib lagi. Sedap suara dia Ikha. Kalau Ikha dengar, mau tak tidur 7 hari 7 malam Ikha dibuatnya. Leeya yang baru 12 tahun tu pun balik-balik cakap ngan Ummi pasal suara dia. Lepas tu, semalam dia cakap dengan Walid, dia nak jadikan anak Ummi ngan Walid ni isteri dia…”
“Tak betul agaknya lelaki tu Ummi. Ada ke patut budak 12 tahun dia nak buat bini. Taulah dalam Islam bukan umur jadi syarat sah untuk dinikahi, yelah, Rasulullah pun nikah dengan Aisyah pun umur Aisyah masa tu 9 tahun ni kan pulak adik Leeya yang baru nak kenal UPSR tu. Ikha tak setuju!”
“Ikha ni kan, selalu macam ni, Ummi belum habis cakap lagi dah potong. Buat apa Muhammad nikah dengan Leeya sedangkan akak dia available lagi. Dia nak nikah dengan Ikha. Katanya dah lama dia kenal Ikha. Tapi Allah baru tunjuk dekat dia yang Ikha ni jodoh dia. Dia ikhlas nak memperisterikan Ikha.”
“Dia tak salah Zulaikha ke? Kan ramai perempuan nama Zulaikha dalam dunia ni. Setahu Ikha, masa sekolah rendah dulu ada tiga orang nama Zulaikha satu sekolah dengan Ikha pastu masa sekolah menengah ada dua orang nama Zulaikha, yang sorang tu satu kelas dengan Ikha. Dekat tempat kerja Ikha pun ada sorang lagi cikgu nama Zulaikha. Salah orang agaknya.”
“Takda maknanya nak salah orang Ikha. Banyak je alasan kamu kan? Ummi tak nak dengar yang Ummi nak sekarang ni, Ikha tenangkan diri. Buat solat Istikharah. Mintak petunjuk dengan Allah. Ummi berkenan sangat dengan Muhammad tu. Abang kamu Zaid dengan Kak Laila setuju je. Walid lagilah, gembira bukan main dia. Lagi-lagi bila bakal besan dia dah telefon dia tadi pagi. Sekarang nak menunggu jawapan Ikha je. Esok Ikha tenangkan diri, pegi jalan-jalan ke apa. Ummi nak masak cekodok, Leeya ni nak sangat makan cekodok. Assalamualaikum”
“Yelah Ummi… Waalaikumussalam…”
Arghh! Stress pulak aku bila teringat balik perbualan dengan Ummi petang
tadi. Nak cerita kat Husna. Mesti dia tengah tidur sekarang ni. Ummi! Ikha muda
lagi, baru 24 tahun! Kerja pun baru je. Takkanlah nak kena kahwin dah! Tapi
Zulaikha, jodoh kau dah sampai dah, jangan tangguh, tak baik. Tapi aku tak
kenal siapa Muhammad ni! Tulah Islam sarankan kita minta petunjuk dari Allah,
solat Istikharah. InshaAllah dialah jodoh yang terbaik untuk kau. Sempat lagi
Zulaikha berbicara dengan akal dan hatinya.
|To●Be●Continued|-Karya Milik Saya Sendiri-

Comments
Post a Comment