Pendam III


Zaquaan senyum mengejek. Hairul dapat melihat perlakuannya itu melalui ekor mata. Sepi tetapi terasa ketegangannya. Zaquaan lantas berbicara.
"Maaf kalau apa yang ana katakan ni menyakitkan hati anta tapi jujur ana cakap, ana terkejut mendengar bicara seorang 'hafiz' yang perasan hebat dan sempurna ni. Bravo! Anta dah terlampau sempurna dan memang tiada mana-mana perempuan layak berdamping dengan anta kecuali Ummu Shakirah. Dengan kata-kata takbur anta tadi sudah cukup membuktikan betapa anta berjaya menjadi Hafiz yang sangat dimuliakan dan dipandang tinggi. Ingat Hairul ! Ana yakin sangat yang Zulaikha bukan calang-calang orangnya dan jangan sesekali cuba memandang rendah terhadap dia. Dia tetap seorang perempuan Hairul. Masih punya hati. Tak guna ilmu berkepuk di dada jika bicara tak dijaga. Jangan merasa takbur berjalan di bumi Allah ni, Hairul. Jangan berjalan sambil mendongak sampai anta lupa dimana anta berpijak. Kita semua manusia sama disisi Ilahi yang membezakan cuma iman dan taqwa. Jika kesempurnaan yang anta cari, berjalanlah! merantaulah keseluruh alam ini, ana jamin hanya kekurangan yang anta temui dan masa tu baru anta sedar... yang anta juga manusia biasa yang mustahil untuk sempurna.."
Hairul kelu. Kelu untuk berbicara. Mulutnya seolah-olah terkunci. Penangan seorang bakal Doktor Pakar Bedah sangat meresap ke sanubari. Setiap bait kata-katanya seolah jarum-jarum yang menusuk perlahan-lahan ke dalam jantung. Hatinya terasa sakit namun jauh disudut hatinya, dia merasakan apa yang dikatakan Zaquaan benar belaka. Tetapi pantas egonya bermaharajalela, cuba meneguhkan pendapatnya yang dia tidak bersalah dalam hal ini. Tapi! Zulaikha yang menjadi punca segalanya.

Dia masih ingat lagi rasanya ditolak mentah-mentah oleh Ummu. Sakitnya masih terasa. Meskipun hal itu sudah lama berlaku namun tidak sekali terkubur kerana memorinya bersama Ummu segar berbunga di pepohon kerinduan. Takkan sekali Hairul membiarkan ianya dicantas oleh sesiapa pun. Walau hakikatnya Ummu langsung tidak menyukainya, dia tetap yakin yang Ummu pasti akan menjadi miliknya. Jika dia berputus asa, bukanlah Hairul Al-Haffiz namanya.
Aku beristighfar kepadaNya tanpa henti bertemankan air mata. Masjid Assyakirin kelihatan agak lengang. Sunyi. Sepi. Sama seperti hatiku kini. Namun disitu aku menemui ketenangan yang luar biasa. Betapa Allah memahami hati hamba-hambaNya. Kejadian tadi seperti berulang-ulang di lensa mataku persis pita rakaman. Dan setiap kali ia berulang, setiap kali itu juga hatiku tercarik-carik.

'ya Allah.. aku menerima segala yang terjadi ini sebagai ujian dariMu maka kau kurniakanlah aku ketabahan untuk menempuhinya ya Rabb...'

Usai menunaikan solat As’r aku berniat untuk pulang ke rumah. Semasa aku memandu keluar dari Masjid, aku terlihat kelibat seorang mak cik tua sedang berniaga di tepi masjid. Lengang. Langsung tiada orang yang berminat hendak membeli kuihnya. Sayu hati melihat wajahnya yang dibasahi peluh namun tetap ikhlas memberikan senyuman pada penduduk kampong yang melintas di hadapan gerainya. Aku memberhentikan keretaku ditepi seberang jalan. Sebelum menyeberang aku mengintai-intai kelibat kenderaan yang ingin melalui jalan tersebut. Tiada. Aku terus berlari menyeberang jalan. Sampainya aku di gerai makcik tersebut, aku menyapanya dengan senyuman. Dia turut melakukan hal yang sama.

Aku melihat-lihat kuih yang ada. Apam balik, pisang goreng, karipap, buah Melaka, kuih tepung pelita, kuih koci, kuih seri ayu, dan kuih lopes. Aku menelan liur. Semua kuih yang ada memang kegemaranku. Lama jugak aku tak merasa kuih-kuih ini, selalu ummi yang buat. Aku memilih beberapa jenis kuih dan membayarnya dengan not rm50. Aku dapat melihat riak wajah mak cik itu sedikit berubah. Habis semua dompet diselongkarnya. Dengan senyuman yang bersisa dia bertanya sama ada aku punya duit kecil. Aku membalas senyumannya.
“makcik, takpa. Anggap ja baki duit tu hadiah dari Allah.”
Dia mengucap syukur. Aku dapat melihat betapa gembira wajahnya ketika itu. Setitis air mata jatuh dari mata tua itu. Sebak aku melihatnya. Tak pernah aku melihat manusia yang terlalu bersyukur sepertinya. Allah.. kurniakanlah rezeki yang melimpah ruah kepada makcik ini. Sebelum aku mengorak langkah menyeberangi jalan, makcik itu sempat menghadiahkan aku dengan kata-kata yang sangat meresap ke qalbuku.
“Semoga Allah mengurniakan adik dengan rezeki yang tak putus-putus. Ingat dik, Allah tak pernah salah. Setiap yang terjadi adalah kehendak Allah tapi jangan sesekali mengatakan Allah kejam kerana Allah tahu apa yang kita tak tahu. Jadilah orang yang berfikir kerana segala jawapan itu milik orang yang berfikir dan juga Allah. Dik, manusia yang tak bersyukur ialah manusia yang buta dek cinta dunia. Dunia ni tiada apanya jika hendak dibandingkan dengan akhirat. Kejar dunia, akhirat jangan lupa. Dunia letak di tangan untuk kita tadbir dan akhirat tu letak di hati, untuk kita cintai…”
Meskipun kata-kata makcik itu biasa saja tapi meninggalkan kesan yang sangat mendalam. Ia menyedarkan aku dalam sekelip mata. Buat apa aku menangis kerana cinta seorang hamba yang belum tentu membawa aku ke syurga sedangkan cinta Allah yang pasti itu tidak pula aku kesahkan. Aku mengejar sesuatu yang tak pasti. Ya Allah… ampuni aku.Aku kembali ke rumah sewaku dengan satu azam. Azam untuk menambahkan rasa cinta pada Allah. Untuk menjadikan Allah yang pertama di hati. Menguatkan hati agar tidak terlalu mudah terpedaya dengan cinta palsu manusia. 
●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●
Beberapa bulan kemudian..
“Ikha nak pergi mana awal pagi ni?”
“Ikha nak pergi ke KLIA jemput kawan Ikha dari Kuwait. Dia baru ja menikah Jumaat lepas.” 
Aku senyum walaupun aku tau hakikatnya makcik sebelah rumah sewaku ni tidak melihatnya. Makcik itu senyum seolah-olah dia melihat senyumanku. Bagiku, senyum walaupun orang tak Nampak tapi orang rasa keikhlasannya. Aku melihat pantulan wajahku di cermin kereta Myviku sambil membetulkan purdahku yang tersenget sikit.

Aku menghantar mesej kepada Hairul mengatakan Ummu akan kembali ke Malaysia atas dasar janji aku padanya untuk memberitahu perkembangan Ummu. Dia langsung tidak membalas mesej ringkasku itu. Tapi aku tak kesah. Beberapa bulan yang lalu dia rajin menghantar SMS padaku Cuma aku langsung tidak tergerak hendak membalas SMSnya. Aku tahu dia pasti geram dengan tindakkanku itu kerana keinginannya yang mendalam untuk mengetahui semua pasal Ummu.

Aku memulakan perjalan dengan ucapan basmalah dan doa menaiki kenderaan. Aku tidak sabar untuk menemui Ummu. Bertahun kami terpisah. Kini, dia kembali dan kami bertemu dengan status yang berbeza. Ummu sebagai isteri orang dan aku masih membujang. Aku redha. Hanya sabar, sabar dan terus sabar. Lambat laun Allah akan tunjuk jugak siapa jodoh aku. Ya.. Aku yakin itu dan tiada ragu baginya. Perjalanan menuju ke KLIA agak jauh tapi kerana nak bertemu dengan Ummu, rasa sekejap ja. Kini, aku berada di dalam ribuan manusia yang sibuk dengan hal masing-masing. Lama aku menanti. Bila jarum jamku menunjuk ke arah pukul 11.22, mataku menangkap kelibat Ummu dan suaminya. Aku melambaikan tangan ke arahnya sambil menuju ke arah Ummu. Sesampainya di depan Ummu, aku memeluknya erat. Ummu nyata kelihatan lebih cantik dari hari terakhir aku melihatnya. Ummu memperkenalkan suaminya padaku, Abdullah As-Shafi’e. Lelaki Kuwait yang Berjaya menawan hati sahabatku ini berwajah manis tapi dapat dirasakan aura taqwanya itu.
“Ummu??”
Aku yang terlebih dahulu dapat mengesan siapa pemilik suara bertindak mendiamkan diri. Langsung tidak memalingkan wajahku. Aku membiarkan pemilik suara tadi berbicara dengan Ummu. Jelas nada kecewa dalam suaranya setelah Ummu memperkenalkan Shafi’e sebagai suaminya. Riak wajahnya tidak dapat ku gambarkan. Dia memberitahu Ummu yang dia baru selesai menunaikan umrah di Mekah beberapa minggu lalu dan datang ke KLIA untuk menjemput sahabatnya yang baru menamatkan pembelajarannya di Mesir. Kebetulan ke? Entahlah. Dia tak baca ke SMS aku? Soalan itu ku biarkan tidak berjawab, bimbang aku berburuk sangka dengannya pula. Tidak lama kemudian dia meminta izin untuk beredar. Kami pula meneruskan perjalanan ke kampung Ummu.

Beberapa hari kemudian…

Aku berjalan sambil meninjau-ninjau kain yang dijual di pasar raya tersebut. Kain-kainnya semua cantik-cantik belaka. Kualitinya pun bagus. Cuma aku ingin mencari kain berwarna putih untuk dijadikan baju kurung. Penat mencari akhirnya aku menemui juga satu kain yang sangat cantik. Tiba-tiba ada satu suara menyapaku…
“Zulaikha Insyirah?”
|To●Be●Continued| -Karya Milik Saya Sendiri-

Comments

Popular posts from this blog

Pendam

siapa aku di matamu

Hidup ini Milik Aku