Posts

amazing journey *kot*

Image
Assalamualaikum :D alhamdulillah.. saya masih hidup sehingga kini. maafkan saya blog kerana membiaqkan hang habuq macam ni. tapi dont worry be happy and go lucky *amboiii* haha. okay by the way, saya nak cerita pon panjang sangat. so, saya pendekkan. saya dah benti keje. saya dah nak sambung study. aik? pendek sangat. melampau betul, sepak kang! hahaha. okay, kita bagi panjang-panjang suam-suam kuku. okay, now i'm not ustazah anymore. now i'm officially future student of UIA in course of LAW. seram tau aku taip tuh. bekez aku tak terer sangat nak speaking omputeh ni. dah lah aku ni cepat ketaq(nerves). dunia kat keyel beza sangat dengan Sabah *maybe*, sebab aku seryesly tak fimiliar sangat dengan keadaaan kat sana. tak penah datang kot. tu baru satu.. macam mana nak cari geng pun jadi masalah aku. sebab aku tak tau macam mana ragam diorang. hope semua satu kepala. even aku asal sabah, sebab ada certain2 person yang... okay, aku tanak cerita lelebih. nanti jadi isu....

Maaf

Image
Assalamualaikum :) Entry ni bukan nak cerita pasal salah saya salah dia atau  siapa-siapa. Saya cuma nak membicarakan tentang perkataan 'Maaf'. Kata Maaf ni amat sinonim untuk dilafazkan bila kita buat salah dengan seseorang, right? Tapi bayangkan kalau kita selalu sangat buat salah dengan orang yang sama. Tak kan nak minta maaf banyak kali? Orang tu pun boleh muak dengan kata maaf kita. Ada orang kata.. "kalau kita minta maaf balik-balik, kata maaf kita tu jadi 'murahan' " Betul. Memang kata maaf kita jadi sangat murahan kalau kita balik-balik minta maaf. Tapi hakikatnya, itulah benda yang harus kita buat kalau kita salah cuma kena betul caranya supaya tak nampak murah sangat. Simple ja. Kalau kita buat salah, minta maaf lepas tu ubah diri kita. Ada orang kata... "lepas minta maaf, perangai tetap sama macam dulu, buat salah yang sama jugak.. kalau macam tu tak payah minta maaf!" Kalau Imam Syafie suka menjawab dengan menggunakan logik a...

Too Many Story..

Image
Assalamualaikum.. In short saya nak story what  happen after SPM result last two weeks ago. Everything happen so fast. And SERIOUS. 21 March 2013 Masa ni result SPM keluar. Result sekolah saya memang gempak jugak lah. Boleh tahan gitu. Bestie saya dapat title top student sebab result dia 9A 1B(8A+ 1A 1B+). Gila kan? saya pun terkejut. Bertuah dia. Haha. Yang paling best dia dapat bunga yang dalam dia ada patung comel. Ingatkan semua student top5 dapat,tau-tau dia sorang je. Tapi takpe.. Boleh beli di kedai kalau nak sangat. Saya tak nak cerita banyak pasal result ni sebab tak banyak sangat storynya. Kalau ada pun saya lupalah kot -.- *KOT* 22 March 2013 Ni hape? takda apa sebenarnya tapi tarikh  ni tarikh lahir P.Ramlee. Saya paling minat lagu 'di mana kan ku cari ganti' sedih tuu. Meleleh air mata kalau dengar *kalau feel sangat lah*. And tarikh ni tarikh wafat seorang ulama'. saya tak berapa ingat nama dia. Hari tu jugak saya pergi dinner dengan family. Ad...

Aku ingin berpurdah...

Image
Assalamualaikum :) Alhamdulillah, hari ni masih ada kesempatan untuk bernafas di bumi-Nya :) Hari ni saya nak cerita sikit. Kalau dilihat pada tajuk hentrey, yang semenangnya berkait rapat dengan gambar sweet husband and wife di atas, sememangnya korang dah tau apa saya nak cerita right? ni saja bagi soalan budak tadika sat, nak test IQ orang bijak pandai nih, hihi. Tapi dalam entry ni bukan nak bercerita perihal husband and wifeyy, yelah asbabnya gambar kat atas ni gambar husbandwife. saya lebih maksudkan wanita tu punya purdah. Dah takda gambar lain, ni je yang ada. Haaa... dah tau dah kan? okey, let me continue. Alkisah tersebutlah kisah.. pada tahun 2012 yang lalu, aku dengan semangat yang berkobar-kobar ingin berpurdah lantaran aku sering sangat melihat muslimah yang berpurdah di sana-sini. Terasa seperti diketuk hati ini untuk memakai purdah juga. Tapi ketika itu aku still tak pasti, siapa yang mengetuk. Boleh jadi Allah, boleh jadi musuh Allah. Kenapa aku cakap macam tu? ...

Kerana dirimu begitu berharga!

Image
Assalamualaikum :) Alhamdulillah. Hari ni Allah bagi kesempatan lagi untuk meminjam oksigen di bumiNya ini. Semoga hari ini lebih baik dari yang sebelumnya. Berkenaan tajuk entry kali ni, saya pinjam tag line iklan maybeline kejap. Hal ini demikian kerana *uiseh!macam buat karangan BM gamaknya, haha* tadi pagi sewaktu diri ini tengah sibuk melayan fesbuk yang takda apanya tu tiber-tiber... seorang gadis lingkungan 16 tahun/17 tahun sedang berjalan dengan fit jeansnya dan baju tidak berlengan(also known as siglet tapi bukan one string punya) berwarna hitam. Seksi gitu. Terkedu den menengoknya. Nasib baik dia pakai jeans panjang, kalau dia pakai short pants? Saya yang perempuan ni pun boleh terkedu menengok dia, apalagi lelaki kan? Lelaki tak terkedu tapi lain lah cerita diorang. Saya hanya mampu diam dan melihat dia sampai batang hidung dia tak nampak langsung. Memang masa dia lalu saya tak nampak pun muka dia, sebab rambut dia tutup muka dia dan saya pun tak nak tau siapa dia. ...

Soul Treatment!

Image
Assalamualaikum :) ni lah game yang aku bertahan main setakat ni. walaupun at first rasa macam -.- tapi bila dah enjoy tu mcm O.O pulak! hahaha. memang best! korang try lah kalau nak tau macam mana bestnya benda ni! saya tau kena jaga piggy tapi game ja kot. takda hal lah! bukan pegang pun benda tu atau kena samak lappy kalau main kan? hihi. kat fesbuk tak dapat nak main, dia suruh download ntah apa 'flashplayer'. betul ke tu? hentam je lah. kalau tak aku memang nak main pun! hehe okey. asalnya bila aku view tempat ni. aku main masak-masak, jadi babysitter, food serving, dress up. semua game yang girly lah! tapi kali ni aku main yang agak terkeluar dari kepompong ayu-ayu manja *bluek* main cucuk tanam pulak. tapi biasalah adat dalam main game ni. bila level makin meningkat, risiko dan cabaran dia pun makin menjadi-jadi. sekarang ni aku dah bengkrap sikit. nak kena cari duit sebab nak kena guna banyak duit laa ni. haiss! boros betul aku ni! macam mana nak jadi farmer berja...

Adakah jodoh buat diriku?

Image
Aku menatap wajahku di cermin. Lama. Aku memerhati setiap sudut wajahku. Cuba menganalisa kecantikkan diri sendiri. Keputusannya:15% saja. Aku mengeluh. Minggu lepas aku menghadiri majlis perkahwinan kawan sekolahku dulu semasa aku berlajar di Maahad Mahdi. Ramai jugak kawan sekolahku dulu yang turut sama hadir majlis itu. Masing-masing bertanyakan khabar. Ada yang datang bersama keluarga, suami, anak. Hanya beberapa orang saja yang datangnya sendirian termasuk aku. Tapi sendirian mereka, mereka semua sudah bertunang. Aku? jangankan tunang, kenalan lelaki pun kurang. Yang ada semua sudah berpunya. Aku mengeluh lagi. Teringat perbualanku dengan Ukhti Sakinah. "Maisarah? Kaifa haluki? lama tak jumpa. Datang dengan siapa ni?"katanya sambil tersenyum. "Alhamdulillah, ana sihat. Ana pun dah lama tak jumpa ukhti. Ana datang sorang ja." aku turut membalas senyumannya. "suami tak ikut?" aku sedikit tersentak mendengar soalan yang dilontarkan Ukhti ...