Adakah jodoh buat diriku?
Aku menatap wajahku di cermin. Lama. Aku memerhati setiap sudut wajahku. Cuba menganalisa kecantikkan diri sendiri. Keputusannya:15% saja. Aku mengeluh. Minggu lepas aku menghadiri majlis perkahwinan kawan sekolahku dulu semasa aku berlajar di Maahad Mahdi. Ramai jugak kawan sekolahku dulu yang turut sama hadir majlis itu. Masing-masing bertanyakan khabar. Ada yang datang bersama keluarga, suami, anak. Hanya beberapa orang saja yang datangnya sendirian termasuk aku. Tapi sendirian mereka, mereka semua sudah bertunang. Aku? jangankan tunang, kenalan lelaki pun kurang. Yang ada semua sudah berpunya.
Aku mengeluh lagi. Teringat perbualanku dengan Ukhti Sakinah.
"Maisarah? Kaifa haluki? lama tak jumpa. Datang dengan siapa ni?"katanya sambil tersenyum.
"Alhamdulillah, ana sihat. Ana pun dah lama tak jumpa ukhti. Ana datang sorang ja." aku turut membalas senyumannya.
"suami tak ikut?"aku sedikit tersentak mendengar soalan yang dilontarkan Ukhti Sakinah. Tapi cepat-cepat aku menutup perubahan wajahku dengan senyuman.
"ana belum kahwin lagi, ukhti."
"takpa. Maisarah muda lagi. Kalau macam ana ni, bahaya dah tu!" katanya sambil ketawa.Aku senyum ja. Muda? 28 tahun muda lagi ke Ukhti? Bibirku seperti hendak menghamburkan saja apa yang tersirat dihati tapi ku tahankan. Masakan aku hendak berkata seperti itu dengan Ukhti Sakinah. Insan yang sangat ku hormati ketika berlajar di Maahad Mahdi suatu ketika dahulu. Dialah tempat aku mengadu suka dan dukaku. Perbualan kami terhenti di situ saja apabila anak bungsu Ukhti Sakinah merengek-rengek minta diberi makanan. Ya. Ukhti Sakinah sekarang sudah memiliki 5 orang anak. Tipulah kalau aku cakap aku sekelumit pun tidak cemburu melihat Ukhti Sakinah yang kini bahagia dengan suami dan anak-anaknya. Hati kecil ini sudah lama memasang niat ingin menjadi seperti keluarga Ukhti Sakinah. Bahagia. Tapi hakikatnya aku sehingga kini masih sendiri.
Aku mengeluh lagi. Hujan renyai-renyai mula membasahi bumi. Aku masih lagi memerhati wajahku di cermin. Siapa yang nak dengan gadis yang berkulit hitam manis sepertiku? Wajahku biasa-biasa saja. Tiada apa yang istimewa seperti perempuan-perempuan lain di luar sana. Lagi 2 tahun umurku 30. Aku menjadi risau. Kakak dan abang sudah berkahwin. Bulan lepas, abang baru mendapat cahaya mata yang ketiga. Adikku pula sudah mempunyai pasangan. Aku pernah terfikir. Mungkin kerana wajahku yang kurang cantik, tiada orang mahu berkahwin denganku? Aku bercadang untuk mendapatkan rawatan wajah. Ya. Aku nekad aku ingin mendapatkan rawatan wajah esok.
Aku terjaga dikala bilal melaungkan azan subuh. Aku segera mempersiapkan diri untuk menunaikan solat kepada Yang Esa. Usai solat, aku menadah tangan untuk berdoa kepada Ilahi. Tiba-tiba, seperti ada suara halus menyapa.
"kau rasa kalau kau dah buat rawatan tu, ramailah lelaki-lelaki masuk meminang?"aku menoleh, mencari-cari dari mana datangnya suara itu.
"Maisarah! kau tak percayakan Allah ke? Setiap manusia tu diciptakan oleh Allah memang ada kekurangan."
"aku percayakan Allah! tapi tak salahkan kalau aku berusaha?"aku cuba berbicara dengan suara yang entah dari mana puncanya. Tiba-tiba suara itu ketawa.
"berusaha apa? berusaha untuk jadi cantik? so kalau buat rawatan boleh jadi cantik teruslah? Kau jamin kau akan cantik lepas ni?"aku diam.
"Maisarah.. cantik tu subjektif. cantik bersifat sementara. Kalau sekalipun lepas ni kau cantik dan ada lelaki yang masuk meminang. Sah-sah cinta si lelaki itu kerana cantik saja. Nanti kalau kau tua, dah tak cantik, kerepot, dia buang kau macam tu ja. Sebab cinta dia, cinta nafsu. Cinta itu bergantung kepada asbabnya. Hilang asbab, hilanglah cinta. Tak payah pergi rawatan kecantikkan segala, kau taat dengan Allah, elokkan akhlak, kau dah nampak cantik dah. Yang penting kena rajin doa dengan Allah, minta seorang zauj yang melabuhkan cintanya kepada Allah dan yang penting kau kena sentiasa sabar dan bersangka baik dengan Allah. Fullstop. Cukup dah.."Aku diam. Menanti suara itu berbicara lagi. Lama. Suara itu sudah menyepi. Lama aku memikirkan kata-kata suara misteri itu. Ya. Kata-katanya memang betul. Aku merasa bodoh. 2 tahun aku belajar di Maahad Mahdi tapi boleh pula aku dengan yakinnya meletakkan cantik itu sebagai syarat untuk dinikahi. Astaghfirullah.. Aku telah berburuk sangka dengan Allah. Ya Allah.. ampunkan aku. Pagi itu aku membatalkan niatku untuk melakukan rawatan wajah. Aku berdoa. Berdoa. dan terus berdoa. Aku yakin dengan Allah.
Sebulan kemudian, aku mendapatkan panggilan dari Umi di kampung. Katanya, ada seorang pemuda datang meminang. Bila umi menanyakan sama ada aku mengenali nama pemuda yang baru disebutnya atau tidak aku diam mengingat sama ada pemuda itu pernah ku temui atau tidak. Perlahan aku menjawab tidak. Umi menyuruh aku menunaikan solat istikharah. Umi ada memberitahu bahawa dia ada melakukan solat istikaharah untukku dan dia merasakan pemuda itu memang jodohku.
Beberapa hari berturut-turut aku mengerjakan solat istikharah dan aku yakin dengan petunjuk Ilahi. Aku mengkhabarkan persetujuanku dengan Umi. Umi ternyata sangat gembira dengan keputusanku meski pun aku kurang mengenali siapa pemuda itu. Hanya sekeping biodata yang diberikan oleh Umi kepadaku. Alhamdulillah. Dia pemuda yang baik. Seorang peguam Syariah. Aku merasa pelik bagaimana dia mengenali aku. Hampa sekali dia tidak memberi sekeping pun gambar dirinya. Hatiku mula merasa risau tapi cepat-cepat ku hapus perasaan itu. Aku beristighfar berkali-kali.
***setelah sebulan perkahwinan***
aku duduk di taman rumahku sambil menghirup udara segar. Mengingat kembali zaman-zaman bujangku. Ya. Sekarang aku bahagia disamping zaujku. Betapa hebat perancangan Allah ke atas hamba-Nya. Beberapa bulan lalu aku mengeluh kerana belum bertemu dengan jodoh tapi kini akulah yang paling bahagia kerana menemui zauj yang penyayang. Alhamdulillah.. terima kasih Allah. Tiba-tiba ada tangan menyapa bahuku. Aku tersenyum kerana aku tahu siapa dia yang menyapaku. Dia mengambil tempat di sebelahku.
"buat apa duduk sorang-sorang kat sini?"
"saja ambek angin." diam. "boleh Sarah tanya sesuatu dengan Abang?" kataku sambil menoleh ke arahnya.Dia sekadar mengangkat kening. Aku suka tengok dia buat macam tu, comel. Hihi!
"hmm.. abang masa pinang Sarah dulu, sebab apa eh? ya lah, abang bukan pernah jumpa Sarah, kenal Sarah ni macam mana. Sarah pun bukan lawa sangat.. Abang kan handsome, ramai perempuan cantik-cantik kat luar tu abang boleh pinang. Tapi kenapa Sarah?"Ujian pertama bulan ni, hihihi. Dia senyum then...
"Abang pernah jumpa Sarah sebelum abang pinang Sarah dulu. Sarah ja tak perasankan abang. Abang kenal Sarah dari kawan Sarah sendiri. Abang banyak tanya dia pasal Sarah dan Sarah kenal sangat dengan dia. Tapi sebenarnya banyak kali dah abang terserempak dengan Sarah. Sebab tu abang yakin yang Sarah ni jodoh abang. Sarah.. abang tak meletakkan kasih dan sayang abang pada paras rupa tapi pada agama Sarah. Selagi mana Sarah meletakkan cinta Allah paling atas sekali dalam hati Sarah, selagi tu abang akan tetap sayang Sarah seadanya."Aku serba sedikit terharu dengan jawapannya. Terima kasih Allah.. terima kasih kerana telah menemukanku dengan dia.
"Sarah sayang abang sampai syurga!"
|satu lagi cerita yang cuma rekaan semata-mata. Takda kaitan dengan sesiapa pun. Harap maklum, hihi. Jiwang sikit lah. Tengah bosan ni. Lepas ni cerita pasal mati pulak x) in shaa Allah . Adioso! |
Comments
Post a Comment