Posts

Showing posts from March, 2013

Aku ingin berpurdah...

Image
Assalamualaikum :) Alhamdulillah, hari ni masih ada kesempatan untuk bernafas di bumi-Nya :) Hari ni saya nak cerita sikit. Kalau dilihat pada tajuk hentrey, yang semenangnya berkait rapat dengan gambar sweet husband and wife di atas, sememangnya korang dah tau apa saya nak cerita right? ni saja bagi soalan budak tadika sat, nak test IQ orang bijak pandai nih, hihi. Tapi dalam entry ni bukan nak bercerita perihal husband and wifeyy, yelah asbabnya gambar kat atas ni gambar husbandwife. saya lebih maksudkan wanita tu punya purdah. Dah takda gambar lain, ni je yang ada. Haaa... dah tau dah kan? okey, let me continue. Alkisah tersebutlah kisah.. pada tahun 2012 yang lalu, aku dengan semangat yang berkobar-kobar ingin berpurdah lantaran aku sering sangat melihat muslimah yang berpurdah di sana-sini. Terasa seperti diketuk hati ini untuk memakai purdah juga. Tapi ketika itu aku still tak pasti, siapa yang mengetuk. Boleh jadi Allah, boleh jadi musuh Allah. Kenapa aku cakap macam tu? ...

Kerana dirimu begitu berharga!

Image
Assalamualaikum :) Alhamdulillah. Hari ni Allah bagi kesempatan lagi untuk meminjam oksigen di bumiNya ini. Semoga hari ini lebih baik dari yang sebelumnya. Berkenaan tajuk entry kali ni, saya pinjam tag line iklan maybeline kejap. Hal ini demikian kerana *uiseh!macam buat karangan BM gamaknya, haha* tadi pagi sewaktu diri ini tengah sibuk melayan fesbuk yang takda apanya tu tiber-tiber... seorang gadis lingkungan 16 tahun/17 tahun sedang berjalan dengan fit jeansnya dan baju tidak berlengan(also known as siglet tapi bukan one string punya) berwarna hitam. Seksi gitu. Terkedu den menengoknya. Nasib baik dia pakai jeans panjang, kalau dia pakai short pants? Saya yang perempuan ni pun boleh terkedu menengok dia, apalagi lelaki kan? Lelaki tak terkedu tapi lain lah cerita diorang. Saya hanya mampu diam dan melihat dia sampai batang hidung dia tak nampak langsung. Memang masa dia lalu saya tak nampak pun muka dia, sebab rambut dia tutup muka dia dan saya pun tak nak tau siapa dia. ...

Soul Treatment!

Image
Assalamualaikum :) ni lah game yang aku bertahan main setakat ni. walaupun at first rasa macam -.- tapi bila dah enjoy tu mcm O.O pulak! hahaha. memang best! korang try lah kalau nak tau macam mana bestnya benda ni! saya tau kena jaga piggy tapi game ja kot. takda hal lah! bukan pegang pun benda tu atau kena samak lappy kalau main kan? hihi. kat fesbuk tak dapat nak main, dia suruh download ntah apa 'flashplayer'. betul ke tu? hentam je lah. kalau tak aku memang nak main pun! hehe okey. asalnya bila aku view tempat ni. aku main masak-masak, jadi babysitter, food serving, dress up. semua game yang girly lah! tapi kali ni aku main yang agak terkeluar dari kepompong ayu-ayu manja *bluek* main cucuk tanam pulak. tapi biasalah adat dalam main game ni. bila level makin meningkat, risiko dan cabaran dia pun makin menjadi-jadi. sekarang ni aku dah bengkrap sikit. nak kena cari duit sebab nak kena guna banyak duit laa ni. haiss! boros betul aku ni! macam mana nak jadi farmer berja...

Adakah jodoh buat diriku?

Image
Aku menatap wajahku di cermin. Lama. Aku memerhati setiap sudut wajahku. Cuba menganalisa kecantikkan diri sendiri. Keputusannya:15% saja. Aku mengeluh. Minggu lepas aku menghadiri majlis perkahwinan kawan sekolahku dulu semasa aku berlajar di Maahad Mahdi. Ramai jugak kawan sekolahku dulu yang turut sama hadir majlis itu. Masing-masing bertanyakan khabar. Ada yang datang bersama keluarga, suami, anak. Hanya beberapa orang saja yang datangnya sendirian termasuk aku. Tapi sendirian mereka, mereka semua sudah bertunang. Aku? jangankan tunang, kenalan lelaki pun kurang. Yang ada semua sudah berpunya. Aku mengeluh lagi. Teringat perbualanku dengan Ukhti Sakinah. "Maisarah? Kaifa haluki? lama tak jumpa. Datang dengan siapa ni?"katanya sambil tersenyum. "Alhamdulillah, ana sihat. Ana pun dah lama tak jumpa ukhti. Ana datang sorang ja." aku turut membalas senyumannya. "suami tak ikut?" aku sedikit tersentak mendengar soalan yang dilontarkan Ukhti ...

siapa aku di matamu

Image
*tajuk entry tu saja nak buat saspen. hakikatnya takda kena mengena pun. ni kalau buat karangan bm macam ni komfem fail! hope aku punya result cemerlang :'D. pray for me!* Macam biasa. Kerja seorang pekebun anggur. Pagi-pagi lagi buka fesbuk. Orang tak populer macam aku ni, noty tak pernah nak cecah ratus puluh semua. Paling max pun 30+. Tapi aku peduli apa. Bukak-bukak. Cek noty. Ada orang mention. Tengok-tengok. Rupanya orang yang offer kitab Riyadus Salehin Imam Nawawi melalui yahoo mail. Aku ada mintak sekali. Lama dah baru dapat. Ada masalah katanya tapi aku cek dah memang ada cuma tak tau macam mana nak bukak. Buta IT betul. Haha. Tiba-tiba perut bunyi. signal biasa bila lapar. teringat mak yang jalan pegi pekan kata nak beli bege satu. lapar semakin menjadi-jadi, hope mak sampai cepat. Baru sebut dah sampai. Yeay! masa untuk cure perut yang kelafaran. Then duduk diam. Boring gila. Dengar lagu lah. ****tut**** Lack of idea now. Tadi kemain nak hapdet status segala. N...

Petua Imam Syafie

Image
Assalamualaikum :) Hari ni nak share ilmu sikit. Seawal jam9.30 pagi lagi Allah dah turunkan rahmatnya. Sejuk. Dan alhamdulillah Allah still bagi peluang untuk bernafas lagi hari ni. Dah sejuk saya minum lagi milk coffee yang fresh-fresh keluar dari ice box. Double sejuk. Siapa suruh minum kan? gelak cepat. Okey. tadi masa saya online fesbuk saya jumpa ni. Ilmu ni kalau tak dicari mana nak bertambah kan? so kalau letak sini senang cari. hihi. Empat perkara menguatkan badan 1. makan daging 2. memakai haruman 3. kerap mandi 4. berpakaian dari kapas Empat perkara melemahkan badan 1. banyak berkelamin (bersetubuh) 2. selalu cemas 3. banyak minum air ketika makan 4. banyak makan bahan yang masam   Empat perkara menajamkan mata 1. duduk mengadap kiblat 2. bercelak sebelum tidur 3. memandang yang hijau 4. berpakaian bersih   Empat perkara merosakan mata 1. memandang najis 2. melihat orang dibunuh 3. melihat kemaluan 4. membelakang...

ALQURAN cintaku

Image
Masa kecik dulu, sebelum maghrib mesti dah ready dengan kopiah dan wudhuk sekali. Tunggu kakak siap then jalan sama-sama ke rumah Ustaz Haji Musa. Sampai sana, tunggu giliran kena ajar ngaji dengan ustaz. Bila tiba giliran. Aku paling excited. Mengaji dengan penuh semangat. Suara pun kuat gila. Berdengung rasanya surau tu. Ustaz puji semangat aku. "Alhamdulillah.. mumtaz Azfar. Macam tu lah semangat kalau nak belajar mengaji. Balik rumah cuba ulang balik-balik surah ni sampai lancar ya? Al-Quran ni kena rajin baca, nanti di akhirat in shaa Allah, Al-Quran datang tolong kita daripada menjadi bahan bakar api neraka" Kawan sebelah aku siku aku. Aku senyum kambing. Kembang jugak rasanya dengar ustaz puji tu. Habis ngaji, balik rumah cepat. Sampai rumah, makan. Lepas tu mak suruh tidur. Tapi aku cakap dengan mak nak baca quran sebab ustaz suruh. Aku nampak mak senyum. Mak teman aku mengaji sampai lancar bacaan. Aku happy gila ! Sampai tak dapat tidur sebab tak sabar-sabar na...

Ustaz Ukaiyl

Image
Ketika itu. Detik itu. Waktu itu. Ukaiyl leka dengan dunia disko. Tangan kanannya memegang segelas vodka. Gayanya seperti orang hilang akal. Terkinja-kinja mengikut rentak muzik yang kedengaran agak liar. Sebelah, kiri, kanan, depan, belakang. semua manusia sama sepertinya. Tak kira lelaki mahu pun yang wanita. Semua menari tak ingat dunia. Masa seolah melakukan tugas dengan pantas. Ukaiyl yang leka tidak menyedari masa yang dihabiskannya di tempat maksiat itu hampir semalaman. Sudah menjadi rutin hujung minggunya, bila mana jam menunjuk ke angka 4 baru dia mula bergerak meninggalkan tempat terlaknat itu. Dengan langkah yang tidak normal. Ukaiyl menuju ke arah Ferrari putihnya. Pandangan matanya agak kabur. Dia seolah-olah melihat ada seorang lelaki tua duduk di dalam Ferrarinya. Hairan. Bagaimana lelaki tua itu memasuki keretanya? Ukaiyl naik berang. Dengan otak yang kurang waras, dia menjerit-jerit ke arah keretanya. Razif teman setianya di disko yang melihat kejadian itu ber...

Andai Itu Takdir-Nya

Image
Aku. Dia. Tiada apa yang istimewa antara kami berdua. Bagiku kami cuma teman biasa. Kami selalu berhubung melalui facebook atau pun SMS. Bercerita tentang persoalan agama saja, tak lebih dari itu. Mungkin ada ketikanya kami bercerita tentang kisah lama, mengungkap nostalgia zaman dahulu kala, ketika masing-masing bertemankan patung dan pistol mainan. Atau pun bercerita perihal keluarga. Lantaran masing-masing diam seribu bahasa. Aku sentiasa mencari topik agar perbualan menjadi sesuatu yang mengujakan. Selalu halwa telingaku menangkap bisik-bisik kecil dari orang sekeliling, berkata seolah-olah kami melindungkan satu rahsia. Rahsia yang tak pernah wujud dan mustahil untuk wujud. Hakikatnya, aku gembira. Ya. Gembira mendengarkan kata-kata mereka. Walaupun hatiku sering berpesan "itu cuma gurau senda, jangan cepat terpedaya". Dalam diam, aku baru menyedari hakikat yang terlalu sukar untuk aku terima. Aku suka padanya. Ya. Tapi aku cuba menepis perasaan yang baru mengeluark...

7 golongan mendapat naungan Allah

Image
Assalamualaikum :D comel kan? hihi. tadi masa aku tengok recent post dekat fesbuk aku, aku jumpa art comel ni. '7 golongan mendapat naungan Allah'.. Subhanallah.. Rasa-rasa kita ada tak daripada 7 golongan ni? In shaa Allah ada.. kalau takda kita boleh jadikan ada. Sesungguhnya selagi kita bergelar manusia tiada kesempurnaan dalam diri kita tapi yang menghairankan ramai manusia memandang kesempurnaan. Untuk menjadi yang sempurna itu mustahil tapi untuk menjadi insan yang baik dan soleh itu tak mustahil. Caranya kita tarbiyah hati kita :) Jika hati kita rosak maka rosaklah kesemuanya. Seperti sabda Rasulullah.. Hati ni merupakan raja dalam badan kita. Kalau hati sihat, sihat lah semuanya. Kalau hati kita rosak, rosaklah kesemuanya.. Cuba berhenti dari melakukan apa-apa benda seketika dan fikirkan.. Mengapa ramai remaja-remaja yang berlumba-lumba post gambar comel-comel,cantik-cantik,hot-hot,handsome-handsome,macho,maskulin dan sebagainya? Sebab naluri remaja.. apabila ke...

meet my art!

Image
Assalamualaikum! :D today aku happy sikit sebab aku dapat buat benda yang aku suuuuuuka gilew! hahaha ! tau apa? soul treatement aku:JAYYIITT BALANG. apa balang gua jayit? haaa.. ni la aku nak share ni. dah lama bebenor aku nak jayit ni tapi kain dia habeh hari tuh, ni aku baru beli kelmarin hihi. Hari ni aku jayit 3 benda untuk 3 orang kawan aku, hihi. banyak lagi kawan aku mintak jayitkan jugak tapi relek korang, banyak lagi masa, pasti ada jugak tu in shaa Allah :) oqey.. silakan melihat 1. Ni bahan-bahan yang aku baru beli untuk jayit-jayit :3 kedai tu semua dia cekik rm5 tak kiralah kecik beso =..= okey, silakan menengok dengan tenang. kalau nak tengok sambil makan popcorn ke.... okey gelak cepat-cepat. sebenarnya sidia ini ialah RILAKUMA  tapi muka dia macam tikus pulak. aku pun tak tau kenapa dan bagaimana tapi akhirnya aku sebulat hati makeover dia sikit(ni kawan aku request :D) ni muka dia sekarang after aku adjust2 sikit. tapi tetap muka tikus :( sory ka...

My Art

Image
Assalamualaikum :D sekarang ni aku nak re-hapdet entry aku dalam blog aku yang lama tu. Blog lama dengan blog baru beza oqey, maybe sebelum ni ada yang pernah tengok, takpe, tengok lagi sekali keh? hahaha. takde susah mana pun kalau setakat menengok tu :P kepada yang belum tengok lagi, silalah tengok. Seperti biasa kepada yang rabun macam aku, sila pakai spec anda untuk tontonan HD oqey? Presenting... benda ni aku jait tuk classmates aku dulu,hihi(nanti masa ambek result aku bagi korang :D) ni eksperimen pertama aku buat kek :3 This was my 2nd experiment xD Epal berinspirasikan dari sticker kesayangan ni pun termasuk dalam eksperimen aku ini adalah DONUT dan bukan pelampung this one is for my bestfriend later aku hapdet lagi keh? banyak lagi ni sebenarnya hihi. Adioso :D

Muqaddimah

Image
Assalamualaikum :D aku baru tau yang aku tak akan dapat renovate apa-apa lepas simpan background blog ni.. SHO SHAD! :'( aku baru bercadang nak simpan itu,taruh ni,letak tu,pasang ni~ tapi apa boleh buad, kalau macam ni je yang dapat, pasrah je lah *lap air mata :P* OQEY! sekarang ni aku nak hapdet hapdet dan hapdet! macam-macam benda yang aku tulis dekat blog lama aku dulu akan ditransfer ke sini,HAHAHA. nak transfer macam mana? Terpaksalah tulis balik semua =..= tapi memandangkan masa aku nak buad anything that i like tinggal ciput je, aku akan buad jugak! *mata bersinar* yelah, result es pi em tak lama lagi tuhh! ya Allah.. tiba-tiba rasa takut dan jantung ni berdetak tak mengikut irama yang lazimnya, AISEHH! hahahaha. Ni gambar-gambar korea morea yang ada kat sini ni aku nak remove later, sekarang ni biarlah dia duk sini dulu menanti saat-saat akhir dia kat sini. Aku ni tengah eksaited gila macam kena langgar tornado Afrika Selatan! sebab apa? adalah sebabnya.. nanti aku h...

Huh! Finally!

Assalamualaikum :D Dah lama aku mengidam nak belog comel-comel macam blog orang lain tuh! akhirnya dapat jugak! hee ! well, walaupun agak pink dan kelihatan ayu-ayu tapi aku tak kesah! janji comel! :3 Aku suka sangat doodle kat atas ni, sweet je aku tengok, haha! Tapi misi aku nak mencomelkan blog belum tamat lagi! kena edit-edit and renovate sikit, weee! tak sabar! tak sabar! tak sabar!(gaya macam Lisa Surihani dalam Istanbul aku Datang!hahaha) Oqeylah! aku akan terus merenovate sampai siap! hiii.. Adiosooo!