7 golongan mendapat naungan Allah

Assalamualaikum :D


comel kan? hihi. tadi masa aku tengok recent post dekat fesbuk aku, aku jumpa art comel ni. '7 golongan mendapat naungan Allah'.. Subhanallah.. Rasa-rasa kita ada tak daripada 7 golongan ni? In shaa Allah ada.. kalau takda kita boleh jadikan ada. Sesungguhnya selagi kita bergelar manusia tiada kesempurnaan dalam diri kita tapi yang menghairankan ramai manusia memandang kesempurnaan. Untuk menjadi yang sempurna itu mustahil tapi untuk menjadi insan yang baik dan soleh itu tak mustahil. Caranya kita tarbiyah hati kita :) Jika hati kita rosak maka rosaklah kesemuanya. Seperti sabda Rasulullah.. Hati ni merupakan raja dalam badan kita. Kalau hati sihat, sihat lah semuanya. Kalau hati kita rosak, rosaklah kesemuanya..

Cuba berhenti dari melakukan apa-apa benda seketika dan fikirkan.. Mengapa ramai remaja-remaja yang berlumba-lumba post gambar comel-comel,cantik-cantik,hot-hot,handsome-handsome,macho,maskulin dan sebagainya? Sebab naluri remaja.. apabila kecantikan/kelacakan dijadikan syarat untuk menjadi pasangan, semua berlumba-lumba untuk menjadi cantik. Kalau pasangan sehidup semati boleh dipertimbangkan tapi cuma pasangan biasa-biasa atau lebih trendy untuk disebut sebagai 'couple'. Memang hakikatnya manusia ini sukakan keindahan, Allah pun sukakan keindahan :) Tapi apabila yang indah itu disalahgunakan.. inilah yang terjadi. Sana-sini orang memperingatkan 'Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan', jangan jadikan hari pertama kau dikebumikan sebagai hari pertama kau menutup aurat!','jangan seksi didunia seksa di neraka!' Dah macam-macam ayat orang keluarkan baik yang lembut mahupun tegas tapi yang terkesan cuma sedikit kalau nak dibandingkan dengan jumlah umat islam yang kurang menitikberatkan aurat mereka di dunia ni. Astaghfirullah.. Semoga semua umat islam tak kira muslimin atau muslimat di dunia ni menjaga aurat mereka termasuk diri saya sendiri. Saya akui saya baru merangkak-rangkak untuk mentarbiyah diri menjadi muslimat yang baik in shaa Allah. Setiap kali saya mengingatkan seseorang tentang sesuatu, diri saya sendiri turut sama mendapat bebannya sekiranya saya mengingatkan orang tapi sendiri tidak melakukannya. Nauzubillah..Rabbi yasir wala tu'assir.. Ya Allah, permudahkanlah dan jangan engkau persulitkan. Permudahkanlah urusanku sesungguhnya aku hambaMu yang berdosa yang ingin mencari sinar hidayahmu dan ingin istiqamah dengan kebaikan. Sesungguhnya hidupku hanya inginkan rahmat, barakah dan redhaMu ya Rabb.. Amin.

Minta maaf, asif jiddan kalau saya ada termengarut atau kata-kata saya tak berhubung-kait dengan yang sebelumnya, hihi :) Sama-sama kita berubah menjadi muslimah solehah .. In shaa Allah. Adioso :)

Comments

Popular posts from this blog

Pendam

siapa aku di matamu

Hidup ini Milik Aku