Posts

Showing posts from 2014

The fault in my emotion

Image
Assalamualaikum readers… as you see, I'm not the owner if this blog nor a hacker. I want to write something somewhere but unfortunately my previous blog dah di delete. So i'll be borrowing Faizah punya blog for today. Biodata: Hokka Bento.  Female. 19 years old. Tak pernah ada relationship. Pernah tak ada perasaan yang 'tak ada orang suka kat kita' ? Okay bila kita cakap pasal suka-suka ni, suka sebagai kawan tu adalah kan, but more than that? Tak pernah tau perasaan tu. Orang kata, " kalau kau suka kat seseorang tu, kau bagi tau dia ke? Mesti tak kan. kau suka dia diam2 je ". Yes, tu betol tapi kalau diam2 pon dia suka, kita mesti dapat juga instinct tu. Right? Lagi hebat, orang tu luahkan perasaan dia terus kat kita.  Kisahnya, waktu zaman sekolah dulu tak pernah ada 'somebody'. Kawan2 yang lain tu sume dah ada. Dating sana sini lah, baby bubu lah, blah blah blah lah… Tapi entah kenapa tak ade pon rasa teringin to have one of my ...

B u s y

Assalamualaikum :) minggu ni sungguh sibuk dengan assignment yang berlambak bak gunung himalaya dengan mock trial yang tak start apa lagi dengan perasaan yang sangat-sangat teruja nak balik rumah kebetulan pulak minggu sibuk aku ni jatuh pada minggu birthday bestie aku Nur Syazana. So aku buat persiapan awal untuk kau aku rancang awal-awal nak post hadiah pegi rumah kau ni kalau kau usha blog aku tak jadi la surprise aku harap kau tak usha HAHAHA tapi kawan hadiah aku tak seberapa tapi janji AKU TAK LUPA BIRTHDAY KAU tu paling aku takut terjadi lagi lagi kita dah jauh tapi dekat di hati muahaha uhibbuki fillah tu je la ya busy! nak sambung buat kerja in shaa Allah, bulan oktober kita jumpa :)

Anak

Image
Assalamualaikum. kalau baca tajuk tu, mesti korang rasa aku ni nak sangat kahwin dan ada anak kan. actually, semuanya bermula dengan youtube. semalam kalau tak silap aku, aku pegi tekan youtube. keluar keluar ja, PAP! ada satu video ni. tajuk dia dah gempak gila. "Hafiz muda, musa 5, dari bangka hafaz 29 juz al-quran" lebih kurang camtu ah tajuk dia. kalau nak tengok, rajinkan diri usha dekat youtube. bila klik ja. laptop pulak buat hal. tak dapat nak tengok. tadi aku nak try ah tengok. still laptop macam baru kena campak dari tingat 13. try bukak dekat hp, haram jadah, baru taip tajuk dia, loading pastu 'connection error' pulak. langgan ah data semata-mata nak tengok youtube. sampai ke petang, jangankan youtube, insta pun loading ja kerja. takda pekdah aku langgan. sabar. malam lepas tarawih, saja lah nak layan running man memandangkan chrome kena penyakit sawan. tetiba skrin menggelapkan diri. berapa kali tah aku cuba. sampai last last... a...

kahwin

Image
Assalamualaikum. okay. kahwin. topik kesukaan remaja-remaja zaman ni. bukan budak U ja menyengih bila timbul topik ni, budak tingkatan 2 pun suka. kenapa topik ni jadi pilihan entry aku ni? sebab kakak aku baru nikah bulan lepas. baru lagi. aku okay ja dengan isu kahwin ni. takda pulak aku nak kata "tak nak aku kahwin!". takda pulak aku nak anti-nikah. cuma... aku tak berapa suka dengan orang kampung yang terlampau terikat dengan adat. ibaratnya macam adat tu bertarafkan agama. malah lebih diutamakan dari agama. aku serious tak boleh. tu ja satu benda yang buat aku rasa macam, kahwin? hmm. nantilah dalam agama ada adat. tapi bila adat tu lebih kepada kepercayaan atau kebiasaan orang dulu-dulu, boleh jadi ada benda yang bercanggah dengan agama. contoh ya anak-anak, bila majlis berinai, dengan lelaki sekali kena inai sedangkan inai tu perhiasan wanita. tak ke berdosa kalau lelaki pakai inai? aku kalau boleh, tak nak suami aku kena pakai inai sebab nak ikut s...

Hidup ini Milik Aku

Image
Assalamualaikum.. Tajuk tu saja nak buat jiwang dan emosi sikit puhahaha :P Hari ni aku saja nak cakap pasal rentetan hidup aku. *ce-wah* mai kita setat noh. bismillah.. Masa aku kecik.. aku ingat lagi, aku bercita-cita nak jadi 'Ibu Mithali'. selain bercita-cita nak jadi pelukis, polis *uhuk! uhuk!*, doktor waghaiyruha (dan sebagainya). Tu lah yang aku impikan. Masa aku kecik, aku rapat sangat dengan my papa, sebab my mama sikit punya garang (sowie maa :*). Rapatnya aku dengan my papa sampai my papa nak parking kereta dekat garaj rumah pun aku nak ikut. Aku ingat lagi, masa my papa nak park kereta, aku cakap dekat my papa, "paa, nanti kalau yayang ada anak kan, yayang nak anak yayang rajin solat" . Begitulah sedikit sebanyak diaalognya, tapi dalam bahasa negeri akulah. aku translate ja. and yayang tu nama panggilan aku kat rumah, sampai semua sedara mara aku panggil aku yayang, ada yang panggil dayang. *jangan persoalkan apa nama penuh atau nama sebenar ...

Pendam V

Image
Sehingga ke saat ini, aku belum mendapat jawapan yang pasti. Aku mula risau. Aku mengadu dengan Ummi. Ummi menyarankan aku menenangkan diri dengan jalan-jalan ke Bandar. Singgah mana-mana masjid dan bertafakur di situ. Aku mengikut seperti yang disarankan Ummi. Aku bersiap ala kadar, sederhana sahaja dengan Jubah hitam dipadankan dengan Tudung labuh bewarna pink lembut sedondon dengan purdahku. Dengan lafaz bismillah dan doa menaiki kenderaan aku memacu kereta Myviku ke Bandar. Bertemankan alunan dzikir yang ku pasang di radio, hatiku mula merasa tenang. Dunia seolah-olah indah saja. Sampaikan jalan jem selama 30 minit tadi pun ku rasakan tenang. Tak pernah aku merasakan ketenangan yang sebegini. Aku menuju ke sebuah masjid. Masjid Al-Firdaus. Masjid yang sangat indah terletak ditengah-tengah Bandar. Aku meletakkan keretaku di kawasan parking. Aku duduk seketika di bangku yang terletak di bawah pepohon rendang yang berbunga pink cair. Awan mendung berselang seli dengan panas m...

Pendam IV

Image
‘Macam mana dia boleh kenal aku walaupun sekarang aku dah pakai purdah? Pelik.’ “Ya… ana Zulaikha. Macam mana anta tau ana..?” “Ana saja ja tegur tadi, Tak sangka pulak betul.” Dia gelak perlahan.   ‘lawak ke? Ish… jahatnya aku’ Dia menyambung,”beli kain putih nak buat baju nikah ke? Jangan lupa jemput ana” “Beli kain putih tak semestinya nak nikah. Nak mati pun beli kain putih jugak kan?”   Diam. “Ana gurau ja. Cuma nak pesan, Lihatlah yang putih kerana ia mengingatkan kamu tentang kematian. Rasai kelembutan yang hijau kerana ia mengingatkan kita tentang Syurga, pakaian ahli syurga. Menangislah tatkala melihat yang merah kerana ia mengingatkan tentang azab Allah, api neraka…Tak semua yang ada di dunia ini menyeronokkan tapi tak semua yang ada di akhirat itu menyedihkan. Ana bukan nak menyindir anta, Cuma tiba-tiba lidah ni nak cakap macam tu. Maaflah kalau anta terasa.”   Senyum. Itu yang ku lihat. Wajahnya sama seperti hari terakhir ku temui Cuma...

Pendam III

Image
Zaquaan senyum mengejek. Hairul dapat melihat perlakuannya itu melalui ekor mata. Sepi tetapi terasa ketegangannya. Zaquaan lantas berbicara. "Maaf kalau apa yang ana katakan ni menyakitkan hati anta tapi jujur ana cakap, ana terkejut mendengar bicara seorang 'hafiz' yang perasan hebat dan sempurna ni. Bravo! Anta dah terlampau sempurna dan memang tiada mana-mana perempuan layak berdamping dengan anta kecuali Ummu Shakirah. Dengan kata-kata takbur anta tadi sudah cukup membuktikan betapa anta berjaya menjadi Hafiz yang sangat dimuliakan dan dipandang tinggi. Ingat Hairul ! Ana yakin sangat yang Zulaikha bukan calang-calang orangnya dan jangan sesekali cuba memandang rendah terhadap dia. Dia tetap seorang perempuan Hairul. Masih punya hati. Tak guna ilmu berkepuk di dada jika bicara tak dijaga. Jangan merasa takbur berjalan di bumi Allah ni, Hairul. Jangan berjalan sambil mendongak sampai anta lupa dimana anta berpijak. Kita semua manusia sama disisi Ilahi yang membeza...